Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Skor Antutu Tertinggi Direkodkan Dari Peranti Snapdragon 865

Posted on Januari 23, 2020

Penantian peminat peranti mudah alih telahpun berakhir dengan kedatangan Snapdragon 865 sebulan lebih yang lalu. Menawarkan 25% lebih pantas dan 25% lebih jimat tenaga daripada Snapdragon 855, cip baru ini bakal menguasakan barisan peranti flagship 2020.

Terdahulu, Xiaomi Mi 10 berjaya merekodkan skor tertinggi pada aplikasi Antutu dengan skor 560,217. Namun kini, berdasarkan laporan daripada Android Authority, nilai skor terbabit telah dipintas sebuah lagi peranti Snapdragon 865 dari realme.

kredit imej | Android Authority

Berdasarkan kiriman rakaman skrin yang diterima laman tersebut, realme RMX2071 berjaya memperoleh skor 574,985. Bukan sahaja melebihi skor Xiaomi Mi 10, malah ia merupakan skor tertinggi yang pernah direkodkan penanda aras Antutu.

Perkara ini sekaligus membuatkan ramai daripada kita tertunggu-tunggu penawaran flagship seterusnya daripada realme. Peranti tersebut dijangka bakal membuat kemunculan pada acara MWC 2020 sebulan lagi.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress