SKMM Sedang Menjalankan 2 Kaji Selidik Utama Terhadap Pengguna

Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2019 dan Kajian Pengguna E-Dagang 2019.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa mereka kini sedang menjalankan 2 kaji selidik terhadap pengguna iaitu Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2019 dan Kajian Pengguna E-Dagang 2019.

Soal selidik bagi tujuan pengumpulan data itu telah pun bermula sejak 27 Disember 2019 dan akan tamat pada 31 Mei 2020 nanti. Sebahagian pengguna akan dihubungi secara rawak yang dibuat menerusi Pusat Cati SKMM di Cyberjaya.

Pungutan data ini akan dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari, kecuali hari-hari kelepasan am negara dan Selangor.

Kaji selidik ini juga tidak melibatkan sebarang aktiviti pengutipan wang atau sebarang urusan jualan. Berikut adalah senarai nombor telefon yang digunakan bagi pungutan data tersebut:-




  • 03-86888234

  • 03-86888104

  • 03-86888155

  • 03-86888310

  • 03-86888396

  • 03- 86888392

  • 03-86888381

  • 03-86888370

  • 03-86888399

  • 03-86888413

  • 03-86888414

  • 03-86888415

  • 03-86888455

  • 03-86888454

  • 03-86888447

  • 03-86888446

  • 03-86888465

  • 03-86888468

  • 03-86888469

  • 03-86888478

  • 03-86888593

  • 03-86888592

  • 03-86888543

  • 03-86888513

  • 03-86888514

  • 03-86888520

  • 03-86888521

  • 03-86888525

  • 03-86888576

  • 03-86888549

  • 03-86888547

  • 03-86888433

  • 03-86888312

  • 03-86888320

  • 03-86888324

  • 03-86888502

  • 03-86888362

  • 03-86888356

  • 03-86888344

  • 03-86888509

  • 03-86888417

  • 03-86888420

  • 03-86888431

  • 03-86888538

  • 03-86888445

  • 03-86888436

  • 03-86888512

  • 03-86888511

  • 03-86888479

  • 03-86888488

  • 03-86888530

  • 03-86888531


Jadi, sekiranya anda menerima panggilan selain dari nombor yang diberikan di atas atau meminta wang dari anda dengan menyamar sebagai pihak SKMM, anda bolehlah melaporkannya kepada pihak SKMM di nombor telefon 03-8688 8285.

Untuk info lanjut, layari laman SKMM.

Sebelum ini iaitu pada Jun hingga September lalu, pihak SKMM telah menjalankan kaji selidik akses dan penggunaan internet, pos dan kurier di Malaysia.

Mereka juga sudah menerbitkan beberapa laporan hasil daripada kaji selidik yang dijalankan pada tahun lalu seperti Kaji Selidik Penggunaan Telefon Pintar 2018 dan Laporan Prestasi Industri 2018.