Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proklamasi Darurat

MCMC Ingatkan Pengguna Media Sosial Untuk Jaga Tingkah Laku Ketika Beri Pandangan

Diterbitkan Januari 12, 2021 · Dikemas kini Januari 12, 2021 oleh Amalina Athman

Berikutan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perisytiharan Proklamasi Darurat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan semua pihak, khususnya pengguna media sosial supaya menjaga tingkah laku ketika memberikan pandangan atau membuat sebarang ulasan.

Menurut MCMC, pemantauan akan dilakukan untuk menyekat penyebaran maklumat tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).

Jika didapati sebarang perkongsian bersifat palsu, jelik dan mengundang ancaman, pengguna boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

MCMC juga menegaskan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Pengguna boleh melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial melalui aplikasi WhatsApp MCMC di talian 016-220 6262 atau emel kepada [email protected].

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY