Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-07-06 at 01.10.11

SKMM Diam-Diam Kembali Ke Twitter

Diterbitkan Julai 6, 2021 · Dikemas kini Julai 6, 2021 oleh ariff bukhari

Pada awal Januari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah pun memadam akaun rasmi Twitter mereka sendiri.

Ia selepas berlaku insiden ciapan jelik yang dimuat naik melalui akaun rasmi milik mereka.

SKMM telah pun menjelaskan bahawa akaun Twitter rasmi mereka telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berikutan itu, SKMM telah bertindak menggantung akaun Twitter mereka dan seterusnya memadam terus akaun tersebut selepas tidak lama insiden itu berlaku.

Tetapi kini selepas hampir 6 bulan insiden tersebut, SKMM kini telah kembali ke paltfom Twitter menerusi akaun rasmi mereka iaitu MCMC@MCMC_RASMI.

Ini adalah ciapan pertama SKMM melalui akaun Twitter rasmi mereka.

Kekal tenang dan amalkan penjagaan diri.

Jika emosi anda terganggu, dapatkan bantuan pakar.#KesihatanMental#KKM#KKMM#KPWKM#MCMC pic.twitter.com/QW6BWGUOxi

— MCMC (@MCMC_RASMI) July 5, 2021

Berbalik kepada insiden memalukan agensi kerajaan itu, sehingga kini masih belum ada laporan terkini berkaitan siapakah yang bertanggungjawab membuat ciapan jelik melalui akaun Twitter rasmi SKMM sebelum ini.

Walau apa pun, kembalinya SKMM secara rasmi ke platfom Twitter menunjukkan bahawa mereka kini telah melupakan kisah silam lalu yang memalukan itu dan bersedia untuk kembali aktif di Twitter bagi menyampaikan maklumat terkini kepada pengguna menerusi platfom tersebut.

Sumber: Twitter SKMM

Baca juga: MCMC: Mesej Mencurigakan Melalui Akaun Twitter Rasmi Bukan Dikeluarkan Oleh MCMC

SKMM Padam Akaun Rasmi Twitter Selepas Kicauan Pelik Lama Dikorek Warga Maya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY