Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Beri Peringatan Perbuatan “SPAM” Boleh Dikenakan Tindakan

SKMM Beri Peringatan Perbuatan “SPAM” Boleh Dikenakan Tindakan

Diterbitkan November 26, 2019 · Dikemas kini November 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Hampir semua daripada kita menghadapi masalah mesej yang tidak dikehendaki masuk dengan jumlah yang banyak atau lebih mudah difahami sebagai SPAM. Ia datang dari pelbagai pengirim yang tidak mempunyai kaitan dengan kita dan sejujurnya ia amat merimaskan.

Anda mungkin tertanya-tanya sama ada pengirim mempunyai kebebasan membanjiri peti masuk platform komunikasi anda dengan mesej yang tidak diminta atau adakah perilaku tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang?

Jawapannya ya, dimana jika didapati menyalahi terma dan syarat pembekal perkhidmatan, tindakan pembatalan boleh dikenakan kepada pelaku.

Berdasarkan peringatan daripada pihak SKMM, penggunaan tidak wajar mana-mana perkhidmatan aplikasi merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum Rm50,000 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya.

PERINGATAN:

Orang ramai diingatkan untuk tidak memulakan sebarang komunikasi berunsur ‘SPAM’ melalui perkhidmatan telekomunikasi.#AKM1998#MCMC#Peringatan#SKMM#SPAM pic.twitter.com/PSkZ7wmMtR

— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) November 25, 2019

Pihak SKMM turut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak memulakan sebarang komunikasi berbentuk spam menerusi perkhidmatan telekomunikasi, tidak kira sama ada ia adalah kandungan komersial mahupun bukan komersial.

Diharap dengan peringatan yang telah diberikan oleh pihak SKMM ini, ia dapat menjadikan kita lebih bertanggungjawab ketika menggunakan medium komunikasi sedia ada.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY