Kenyataan Media: MCMC Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Yang Sebar Kandungan Berunsur Lucah Di Internet#MCMC#SKMM#AKM1998#klikdenganbijak pic.twitter.com/TRpunxpKxf
— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) June 12, 2019
Ia adalah seiring dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dimana pihak yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh dipenjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Selain menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah, SKMM juga akan mengambil tindakan menyekat laman-laman sesawang yang terlibat dengan penyebaran kandungan berkenaan. Kerjasama turut dijalankan dengan pengendali platform seperti Facebook untuk memastikan kandungan itu tidak tular dengan lebih meluas.
Walaupun pantauan telah dibuat oleh SKMM, kita sebagai pengguna juga perlu memainkan peranan dengan tidak terlibat sama dalam penularan video lucah serta jelik dan menyerahkannya kepada pihak berwajib untuk menjalankan tugas mereka.
Berkaitan
- Jual, Beli, Serta Miliki Telefon Tanpa Label SIRIM Dan MCMC Adalah Menyalahi Peraturan, Denda Sehingga RM100,000
- SKMM Keluarkan Kenyataan Terbaru Mengenai Insiden 50 Juta Facebook Digodam
- Sebanyak 274 Unit Android Box Tidak Diperakui Dirampas SKMM
- SKMM Beri Amaran Tegas Jangan Salah Guna Label Pengesahan
- SKMM Beri Peringatan Perbuatan "SPAM" Boleh Dikenakan Tindakan
- Cadangan Beri Kuasa Kepada SKMM Untuk Padam Kandungan Media Sosial Masih Dalam Pertimbangan
- Ini Harga Terbaru Jalur Lebar Talian Tetap Yang Dikongsikan Oleh SKMM
- SKMM Bakal Adakan Pameran Teknologi 5G, Dibuka Kepada Umum Pada 20 Dan 21 April Ini
- Semua Telco Dikehendaki Kemukakan Cadangan Pakej Jalur Lebar Baru Kepada SKMM Selewat-lewatnya 30 September Ini
- TM Catat Aduan Terbanyak - MCMC