Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Mempercepatkan Pelaksanaan Projek-Projek Infrastruktur Pelan Gentian Optik & Kesalinghubungan Negara

SKMM Akan Membuat Tinjauan Bagi Menambahbaik Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jalur Lebar Di Kawasan Pedalaman Sarawak

Diterbitkan Jun 26, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa pihak mereka akan membuat tinjauan di sebuah perkampungan di Pakan, Sarawak dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan gambaran sebenar kisah pelajar dan penduduk di kawasan berkenaan yang terpaksa keluar jauh daripada kediaman mereka bagi mendapatkan liputan perkhidmatan komunikasi.

Hasil tinjauan itu nanti akan dipadankan dengan pelan pembangunan telekomunikasi yang telah dirancang untuk kawasan tersebut bagi membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan komunikasi berkualiti sekaligus memperbaiki taraf kehidupan mereka.

SKMM juga memaklumkan bahawa di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 2), sebanyak 185 menara telekomunikasi baharu akan mula dibina meliputi semua Bahagian di Sarawak.

Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh menara baharu dirancang untuk dibina di Pakan. Kesemua menara tersebut dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2021.

Setakat Mei 2020, SKMM dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi telah mendirikan sejumlah 553 menara telekomunikasi selain menaik taraf sejumlah 1,064 menara telekomunikasi kepada rangkaian 3G dan 4G di Sarawak.

SKMM juga menyatakan mereka sedar masih terdapat masih banyak kawasan yang belum mendapat liputan komunikasi menyeluruh dan stabil terutamanya di kawasan luar bandar.

Ia disebabkan oleh rupa bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, laluan masuk yang sukar dan masalah ketiadaan bekalan elektrik yang menjadi cabaran besar kepada SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk membina menara di kawasan pedalaman.

Buat masa ini antara kaedah alternatif yang diguna pakai bagi mengatasi isu penyampaian perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar di kawasan pedalaman adalah dengan menggunakan  rangkaian satelit dan bekalan janakuasa diesel, walaupun disedari bahawa liputan dengan cara itu adalah tidak stabil.

Namun begitu, SKMM tetap komited dengan misinya untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeluruh kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar dalam usaha merapatkan jurang digital di seluruh negara.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY