Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Internet satelit wide

SKMM Akan Guna Internet Satelit Untuk Kawasan Pedalaman

Diterbitkan April 16, 2021 · Dikemas kini April 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, kami melaporkan yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa untuk kerja-kerja pemasangan dan penyediaan perkhidmatan capaian internet jalur lebar melalui satelit.

Antara lokasi yang terlibat adalah negeri Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak. Terbaru, SKMM dikhabarkan sedang memuktamadkan proses pemberian tender perkhidmatan internet menerusi satelit.

Projek tersebut dijangka akan siap sekitar Oktober 2021 dan penduduk di lokasi berkenaan bakal menerima akses WiFi percuma dengan kelajuan purata 35Mbps.

Meskipun begitu, inisiatif itu hanyalah penyelesaian sementara untuk tempoh dua tahun sebelum infrastruktur kekal dapat dibina bagi penyambungan rangkaian telekomunikasi.

Tambahan lagi, ini juga adalah matlamat penting dalam merapatkan jurang digital khususnya penduduk di kawasan pedalaman.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY