Joseph Gordon-Levitt, Pelakon Hollywood Sedang Mencari Pemuzik Dari Malaysia Untuk Filem Terbaru

Pelakon utama filem 500 Days of Summer dari Hollywood, Joseph Gordon-Levitt baru sahaja menerbitkan satu posting di laman Facebook beliau semalam. Posting itu menyatakan bahawa beliau sedang mencari penutur berbahasa Melayu untuk membuat rakaman untuk projek terbarunya.

https://www.facebook.com/JoeGordonLevitt/posts/3557887317568240

joseph gordon

Kenyataan beliau kemudian diikuti dengan posting baru, di mana Joseph mengatakan beliau sedang mencari artis dari Malaysia untuk berkolaborasi dalam menghasilkan lagu dan video muzik baru. Kolaborasi ini berkaitan dengan filem Netflix terbaru beliau yang bertajuk Project Power. 

https://www.facebook.com/JoeGordonLevitt/posts/3557864344237204

Pelakon itu ingin bekerjasama dengan pemuzik dari Malaysia untuk mencipta rap-cypher sebagai jawapan kepada soalan "What is your power?" yang bermaksud "Apakah kekuatan anda?"

Berdasarkan video trailer filem tersebut di Youtube, Project Power mengisahkan seorang bekas tentera, seorang remaja, dan seorang pegawai polis di New Orleans yang mencari sumber ubat baru yang memberikan kekuatan sementara kepada penggunanya.

https://www.youtube.com/watch?v=xw1vQgVaYNQ

Filem itu akan menampilkan Joseph Gordon-Levitt di samping Jamie Foxx, Dominique Fishback, dan Machine Gun Kelly, dan ramai lagi. Tarikh tayangan Project Power akan disusuli dengan lagu dan video muzik asal yang Joseph siarkan di Facebook beliau itu.

Jadi, jika anda adalah pemuzik yang dicari dan mempunyai 'kekuatan' yang terpendam itu, anda boleh menyertai kolaborasi muzik tersebut di sini.

https://www.facebook.com/JoeGordonLevitt/posts/3560574677299504

Sumber: World of Buzz & The Star

Baca lagi: Filem-Filem Tempatan Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix