Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SK Hynix

SK Hynix Kini Peneraju Pasaran Memori Global

Diterbitkan Ogos 8, 2025 · Dikemas kini Ogos 8, 2025 oleh ariff bukhari

Buat pertama kalinya dalam sejarah, SK Hynix telah berjaya mengatasi Samsung sebagai peneraju pasaran memori global.

Ia hasil daripada lonjakan permintaan memori berprestasi tinggi (HBM) untuk kecerdasan buatan (AI).

Dalam suku kedua 2025, SK Hynix merekodkan pendapatan sebanyak 21.8 trilion won (~RM77.20 bilion) menerusi memori mereka.

Sementara Samsung pula hanya 21.2 trilion won (~ RM71.25 bilion).

SK Hynix Kini Peneraju Pasaran Memori Global

Menurut data Counterpoint Research, SK Hynix kini menguasai 62% pasaran HBM, berbanding Samsung hanya 17%.

HBM merupakan jenis memori penting yang digunakan dalam cip AI seperti daripada Nvidia, yang sangat bergantung kepada SK Hynix.

SK Hynix turut mengatasi Samsung dari segi keuntungan operasi dalam sektor memori.

Sejak separuh pertama 2024, keuntungan operasi kedua-dua syarikat menunjukkan arah bertentangan.

SK Hynix mencatat peningkatan keuntungan selepas menjadi rakan utama NVIDIA dalam pasaran HBM, manakala keuntungan Samsung menurun akibat prestasi lemah dalam segmen tersebut.

Penganalisis Counterpoint Research, Jeongku Choi, menyatakan bahawa Samsung perlu mempelbagaikan pelanggan HBM3E dan melepasi ujian kualiti ketat daripada NVIDIA, bagi membekalkan HBM4 untuk platform Rubin generasi seterusnya milik NVIDIA.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang, Sokong AI Dan Teknologi Rendah Karbon
  • SanDisk Perkenal SSD UltraQLC 256TB Untuk Pusat Data AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY