Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM Tubuh Unit Khas Untuk Pantau Pengguna Yang Melayari Laman Lucah

Sistem Alami Gangguan Teknikal, DBKL Nafi Penggodam Tuntut RM236.17 Juta

Diterbitkan Mei 21, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh Amalina Athman

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan $55 juta (~RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Menurut laporan BERNAMA, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata perkhidmatan dalam talian DBKL memang mengalami gangguan teknikal sebelum ini, namun tidak melibatkan sebarang tuntutan wang.

Sebanyak 39 sistem yang bermasalah sudah kembali normal sejak 1 Mei lalu, seperti sistem e-perumahan, e-lesen, e-aduan dan e-tempah.

Dalam kenyataan berasingan, DBKL memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden gangguan teknikal tersebut.

Ketika ini, perkhidmatan dalam talian DBKL seperti Adu@KL, Tempah@KL, e-dog, e-kesihatan, Sistem Penialian dan Pengurusan Harta (SPPH), Sistem Penguatkuasaan Jabatan (SPJ) untuk urusan kompaun, VISITKL, portal DBKL, PSKL 2040, sistem e-mel DBKL serta EPIC telah berjaya dipulihkan dan kembali beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, langkah pemulihan sistem-sistem lain sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 23 Mei 2025.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan seorang Ahli Parlimen mendakwa sistem perkhidmatan dalam talian DBKL digodam dengan tuntutan tebusan berjumlah RM236.17 juta.

Berkaitan

  • Penggodam Kini Mempunyai Akses Kepada Hampir 10 Bilion Kata Laluan Yang Dicuri
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Akta Perkongsian Data 2025 Bawa Perkhidmatan Awam Lebih Laju Dan Efisien Untuk Rakyat
  • “Saya Godam Untuk Belajar”: Remaja 17 Tahun Diiktiraf NASA Atas Sumbangan Keselamatan Siber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY