Isu besar tapi kurang mendapat perhataian atau dipandang ringan di Malaysia adalah sisa makanan.
Malaysia menghasilkan sekitar 38,000–40,000 tan sisa pepejal setiap hari, dengan hampir 44–45% daripadanya terdiri daripada sisa makanan.
Angka ini sekali gus bersamaan lebih 17,000 tan sisa makanan yang dibuang setiap hari.
Malah apabila tibanya bulan Ramadan, isu Pembaziran makanan menjadi lebih teruk di mana sisa makanan akan meningkat kepada 19,000 tan metrik setiap hari sepanjang bulan tersebut.
Tetapi, bagaimana jika sisa-sisa makanan ini dimanfaatkan melalui teknologi biogas dan waste-to-energy (WTE)?
Kajian oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Prof Ir Dr Haslenda Hashim dengan kerjasama TNB Research menunjukkan bahawa sisa makanan di Malaysia mempunyai potensi besar untuk penjanaan tenaga secara berterusan.
Prof Ir Dr Haslenda Hashim berkata, jika dimanfaatkan secara optimum, sisa makanan ini boleh menjana sekitar 25,000 hingga 30,000 MWh tenaga sehari, iaitu sekitar 1,000 hingga 1,200 MW
Jumlah penjimatan tenaga itu juga didapati jauh melebihi penjimatan tenaga semasa kempen Jam Bumi (Earth Hour) 2019 dahulu iaitu sekitar 550 MWh.

Kajian UTM bersama TNB Research ini membuktikan bahawa sisa makanan bukan sekadar masalah alam sekitar, tetapi juga peluang strategik untuk keselamatan tenaga negara jika dimanfaatkan.
Sumber tenaga daripada sisa ini juga berpotensi menjadi aset domestik kepada negara untuk tidak bergantung kepada import bahan api.
Selain untuk penjanaan tenaga, menjadikan sisa makanan sebagai sumber tenaga juga memberi manfaat besar kepada alam sekitar di mana ia berupaya menurunkan pelepasan gas metana dari tapak pelupusan.
Kesimpulannya, negara berpotensi menjana tenaga secara berterusan setiap hari melalui penukaran sisa makanan kepada tenaga yang bukan sahaja satu alternatif penyelesaian lestari, malah strategik dalam menghadapi cabaran permintaan tenaga yang semakin meningkat.
{suggest}
