Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bekas Eksekutif Bateri Samsung Sertai Apple, Dilantik Sebagai Ketua Pembangunan Bateri

Sisa Buangan Nuklear Didakwa Boleh Dijadikan Bateri Yang Boleh Bertahan Sehingga 28 Ribu Tahun

Diterbitkan Ogos 31, 2020 oleh ariff bukhari

Syarikat-syarikat industri kini sedang berusaha membangunkan bateri yang mampu bertahan lebih lama.

Teknologi bateri lithium ion yang digunakan secara meluas ketika ini masih belum cukup lama untuk bertahan.

Tetapi bagaimana sekiranya bateri pada masa hadapan mampu bertahan sehingga 28,000 tahun?

Itulah yang didakwa oleh NDB Inc., sebuah syarikat dari California yang mendakwa telah berjaya menghasilkan bateri nano diamond yang dikuasakan dari sisa buangan nuklear.

Menurut NDB, bateri yang dihasilkan mereka dari sisa buangan nuklear itu mampu bertahan bagi beberapa dekad hingga 28,000 tahun.

“NDB’s proprietary, universal, self-charging battery provides a charge for the entire lifetime of a device or machine, with up to 28,000 years of battery life.” NDB

Sisa Buangan Nuklear Didakwa Boleh Dijadikan Bateri Yang Boleh Bertahan Sehingga 28 Ribu Tahun
Sumber: NDB Inc.

Tidak sekadar tahan lebih lama, ia juga didakwa adalah lebih murah berbanding bateri lithium ion yang digunakan secara meluas dalam industri kereta ketika ini serta ia juga lebih mesra alam.

“Our team is bringing together leaders in the nanotechnology, nuclear science, and diamond fields with military, academic and research backgrounds, and combining our unique mix of expertise has made it possible for us to crack the code in developing this groundbreaking, life-changing solution,” Nima Golsharifi CEO NDB.

Pembangunan teknologi bateri dari sisa buangan nuklear ini dijangka akan memberikan manfaat yang besar khususnya kepada industri peranti pintar dan kereta elektrik.

Sumber: Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY