Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12 pro 3

Siri Xiaomi 12T Mungkin Akan Hadir Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Ogos 24, 2022 oleh Firdaus

Walaupun baharu sahaja melancarkan peranti Xiaomi 12 Lite pada minggu lepas, Xiaomi tidak mudah rasa selesa dan mungkin akan melancarkan peranti Flagship Killer mereka tak lama lagi.

Berkaitan

  • Xiaomi 12 Lite Rasmi, Swafoto Lebih Cantik Pada Harga Permulaan RM1,699
  • Ada Iras-Iras 'Stock Android', Ini 5 Ciri Baharu Yang Menarik Pada ColorOS 13
  • Xiaomi Lancar 5 Produk 'Smart Home' Untuk Pasaran Malaysia

Berdasarkan artikel ini yang menunjukkan peranti siri Xiaomi 12T itu telah pun mendapat kelulusan daripada SIRIM Malaysia.

Jika kita melihat corak pengumuman dan pelancaran bagi siri ‘T’ pada tahun-tahun sebelum ini, kita boleh mengagak bahawa besar kemungkinan siri Xiaomi 12T akan diumumkan pada bulan September ini dan akan tersedia untuk dijual pada bulan Oktober depan.

Selain daripada itu, Xiaomi dilihat akan memilih tarikh pelancaran sekitar 2 minggu selepas tarikh pengumuman rasmi untuk siri tersebut.

Berikut merupakan spesifikasi yang mungkin akan hadir pada peranti siri 12T ini:

Xiaomi 12T Pro

  • Cip Pemprosesan – Snapdragon 8+ Gen 1
  • Skrin – Paparan OLED, 6.67 Inci 
  • Memori & Storan – 12GB RAM, storan 256GB
  • Bateri – 5000mAh, Pengecasan Pantas 120W 
  • Kamera – 200MP (utama), lensa telefoto
  • Sistem Operasi – MIUI 14 berasaskan Android 13

Xiaomi 12T

  • Cip Pemprosesan – MediaTek Dimensity 8100 Ultra
  • Skrin – Paparan 120Hz AMOLED, Resolusi 1220×2712 (FHD+ / QHD+) 
  • Memori & Storan – RAM 12GB, Storan 256GB
  • Bateri – 5000mAh
  • Kamera – 108MP Samsung HM6 (utama), 8MP (lebar), 2MP (makro).
  • Sistem Operasi – MIUI 14 berasaskan Android 13

Oleh itu, apa yang saya dapat simpulkan adalah siri Xiaomi 12T ini bakal menjadi ‘Flagship Killer’ yang berbaloi untuk dimiliki dan memberikan persaingan yang lebih rancak dalam industri telefon pintar di Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY