Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x 60

Siri vivo X60 Akan Tiba Di Malaysia 22 Mac Ini, Hadir Dengan Snapdragon 870

Diterbitkan Mac 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa bulan yang lalu, vivo telah melancarkan vivo X60 dan vivo X60 Pro+ di China. Terbaru, vivo Malaysia mengesahkan ketibaan telefon tersebut untuk pasaran Malaysia.

Seperti biasa, siri vivo X60 menampilkan keupayaan fotografi dan kali ini, mereka menggunakan sistem kamera daripada Zeiss.

vivo x60 zeiss

vivo juga memperlihatkan penstabilan imej iaitu gimbal stabilization 2.0 dan kemampuan fotografi waktu malam yang lebih baik dengan adanya Zeiss Optics.

Selain itu, apa yang menarik pada vivo X60 untuk pasaran tempatan adalah cip pemproses yang digunakan adalah berbeza kerana di Malaysia akan hadir dengan Snapdragon 870 berbanding Exynos 1080.

x60 sd870

Dari segi warna, ia ditawarkan dengan dua pilihan iaitu Shimmer Blue dan Midnight Black.

Namun, vivo Malaysia belum mengesahkan X60 Pro+ sama ada ia tersedia di Malaysia atau tidak dimana spesifikasinya adalah lebih baik yang didatangkan dengan cip Snapdragon 888.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan pelancaran telefon ini bagi mengetahui harga rasmi untuk peminat vivo tempatan.

Sumber: vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY