Siri TV Terbaik Di Netflix Yang Diadaptasikan Oleh Buku Untuk Anda Tonton

Ramai peminat mula risau apabila buku-buku kegemaran mereka diadaptasi untuk televisyen, tetapi kadang-kadang rancangan televisyen menjadikannya lebih menarik. Berikut adalah senarai siri TV terbaik di Netflix yang diadaptasikan oleh buku yang boleh anda tonton.




Senarai Siri TV Terbaik di Netflix yang Diadaptasikan oleh Buku 


1. You


https://www.youtube.com/watch?v=ga1m0wjzscU
Barisan pelakon: Penn Badgley, Elizabeth Lail, Victoria Pedretti, Ambyr Childers

Genre: Thriller

Penn Badgley, lebih dikenali sebagai Dan Humphrey dari Gossip Girl, membawa tahap ketakutan yang mendebarkan kepada wataknya, Joedalam siri You

Diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Caroline Kepnes, musim pertama mengisahkan hubungan Joe dan Guinevere Beck, yang datang ke kedai buku yang diurus oleh Joe. Pasangan ini mula jatuh cinta, tetapi versi Joe 'jatuh cinta' melibatkan penghendapan, penipuan, dan bahkan pembunuhan.

Musim kedua siri ini juga diilhamkan oleh novel susulan Caroline Kepnes, "Hidden Bodies." Musim ketiga dikatakan sedang dalam proses penggambaran dan akan disiarkan pada tahun 2021.

Tonton "You" di Netflix

2. Mindhunter


https://www.youtube.com/watch?v=edaQ9XwLiXc
Barisan pelakon: Jonathan Groff, Holt McCallany, Anna Torv, Cameron Britton

Genre: Jenayah

Siri Netflix ini mendapat inspirasi daripada buku jenayah bukan fiksyen yang ditulis oleh pesara ejen FBI, John E. Douglas dan Mark Olshaker, bertajuk "Mindhunter: Inside the FBI's Elite Serial Crime Unit."

Diilhamkan dari tahun 1970-an, siri ini mengikuti dua ejen FBI yang menemu ramah pembunuh bersiri dalam usaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana otak mereka berfungsi. Sepanjang dua musim pertama, ejen Holden Ford dan Bill Tench menginovasikan bidang ini dengan mengembangkan kaedah mereka sendiri untuk mengeluarkan motif dari pemikiran sosiopatik.

Namun, masih belum pasti jika siri ini akan mendapat musim ketiga kerana ia telah ditangguhkan tidak tentu berapa lama.


3. The Witcher


https://www.youtube.com/watch?v=ndl1W4ltcmg


Barisan pelakon: Henry Cavill, Anya Chalotra, Freya Allan, Joey Batey

Genre: Fantasi

Berdasarkan siri buku terlaris dengan nama yang sama oleh penulis Poland Andrzej Sapkowski, The Witcher adalah kisah Geralt of Rivia (Henry Cavill), seorang pemburu raksasa.

Takdir membawanya ke jalan ahli sihir yang kuat dan seorang puteri muda dengan rahsia yang berbahaya, dan ketiga-tiganya mesti belajar menavigasi Benua yang semakin tidak stabil bersama-sama.


4. Lucifer


https://www.youtube.com/watch?v=X4bF_quwNtw
Barisan pelakon: Tom Ellis, Lauren German, Lesley-Ann Brandt, Kevin Alejandro

Genre: Misteri

Saluran Fox mengambil langkah berani ketika mengadaptasi komik Mike Carey mengenai Prince of Darkness untuk televisyen.

Buku asal mengisahkan Iblis meninggalkan Neraka dan bersaing dengan watak-watak dari pelbagai mitologi ketika dia berusaha untuk menjadikan alam semesta baru dalam sebuah risalah mengenai sifat kehendak bebas.

Lucifer menampilkan pelakon British, Tom Ellis, yang memainkan watak Lucifer, Iblis menawan yang bekerjasama dengan detektif polis Los Angeles untuk menyelesaikan jenayah. Siri ini juga telah dipindah dari Fox ke Netflix, dengan premis yang tetap sama.


5. Locke & Key


https://www.youtube.com/watch?v=_EonRi0yQOE
Barisan pelakon: Connor Jessup, Emilia Jones, Jackson Robert Scott, Darby Stanchfield

Genre: Drama

Musim pertama misteri keluarga ini disiarkan di Netflix pada bulan Februari 2020 telah menjadi hit dan kegemaran ramai.

Diadaptasi dari komik oleh Joe Hill dan Gabriel Rodriguez, kisah ini mengikuti sebuah keluarga yang kembali ke rumah zaman kanak-kanak ayah mereka yang dibunuh, di mana mereka menemui satu set kunci ajaib yang membawa mereka ke tempat-tempat yang luar biasa.


Sumber: Insider & Stylist

Baca lagi: Siri ‘Altered Carbon’ Dibatalkan Oleh Netflix Setelah Dua Musim Disiarkan