Netflix membatalkan siri fiksyen sains, Altered Carbon, setelah dua musim, menandakan berakhirnya satu siri berbajet tinggi untuk laman striman itu. Menurut Deadline, pembatalan itu telah diputuskan pada bulan April, dan dilakukan atas sebab kos.
https://twitter.com/IGN/status/1298704534680764417
Siri Altered Carbon mula disiarkan pada tahun 2018 sebagai siri marquee untuk Netflix. Ia merupakan siri fiksyen sains dewasa yang diadaptasi oleh novel bersiri popular, yang berbajet tinggi. Sebagai contoh, bajet untuk musim pertamanya sahaja melebihi bajet tiga musim pertama siri TV terkenal, Game of Thrones.
Malangnya, pada peringkat awal, siri ini berjaya dilancarkan hingga ke musim kedua. Namun, musim kedua jelas dilancarkan dengan bajet yang lebih kecil, dengan episod yang lebih sedikit serta set yang kurang menarik. Pastinya siri fiksyen sains ini tidak akan dapat menandingi Game of Thrones, yang bermaksud bahawa Netflix tidak akan terus menghabiskan sejumlah wang yang tinggi untuknya.
Sejak terlahirnya kandungan asli Netflix, perkhidmatan itu lebih cenderung untuk mengekalkan kandungan selama beberapa musim. Ia adalah untuk memberi setiap siri peluang mencari penonton dari masa ke semasa.
Disebabkan terlalu banyak siri dan filem yang dihasilkan, terdapat persaingan yang jauh lebih banyak dan peratus kejayaan menjadi jauh lebih rendah. Hasilnya lebih banyak kandungan asli Netflix, terutama yang berbajet tinggi seperti Altered Carbon, telah dibatalkan setelah hanya satu atau dua musim.
Sumber: Variety & Collider
Baca lagi: Zack Snyder’s Justice League – Peminat Akhirnya Disajikan Versi Asli Justice League
Berkaitan
- Walaupun Sedang Rugi, Netflix Tetap Hentikan Perkhidmatan Di Rusia
- Biohackers - Siri Sci-Fi Thriller Terbaru Dari Netflix
- The Umbrella Academy Kembali, Netflix Menampilkan Adegan Pembukaan Musim Kedua
- Dragon's Dogma, Permainan Video Diadaptasi Menjadi Siri Netflix
- Netflix Perkenal 'Spatial Audio', Bukan Untuk Pengguna Apple Sahaja
- Netflix Dikhabarkan Akan Wujudkan Iklan Hujung Tahun Ini
- Netflix Kekal Pendirian, Tak Mahu Tawar Pelan Macam Disney+
- 10 Siri Anime Terbaik Anda Boleh Tonton Di Netflix
- Siri Dan Filem Seram Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix
- Netflix Sengsara, Lebih Banyak Kehilangan Pelanggan Jangka Panjang