Siri TV Hebat Yang Ditamatkan Dan Dibatalkan Oleh Netflix


Netflix terkenal dengan tidak menghasilkan siri-siri TV yang bersiaran untuk tempoh yang lama. Ini juga bermaksud ada rancangan hebat yang turut mendapat pengakhiran awal. Malah, tahun lepas sahaja, sudah banyak siri TV yang telah ditamatkan oleh Netflix.

Menurut Deadline, Netflix selalunya tidak melihat nilai dalam siri yang melebihi 30 episod, atau dua hingga tiga musim, kerana menjadi terlalu mahal dan sukar untuk ditonton.

Bahkan baru-baru ini, Netflix telah mengumumkan akan menamatkan beberapa siri terkenal seperti "The Society" dan "I Am Not Okay With This". Dalam satu kenyataan, Netflix mengatakan pembatalan tersebut adalah disebabkan pandemik Covid-19.

Berikut telah disenaraikan untuk anda 6 siri yang telah atau bakal ditamatkan oleh Netflix.

Senarai siri TV yang dibatalkan oleh Netflix


1. Ozark 


siri tv

Ozark adalah salah satu siri yang memperoleh anugerah terbesar untuk Netflix. Namun, siri yang dibintangi oleh Jason Bateman, mengenai sebuah keluarga yang menceburi bidang jenayah terancang, masih akan berakhir. Ozark akan ditamatkan pada musim keempat yang mengandungi 14 episod, yang akan datang.

Musim terakhir ini akan dibahagi kepada dua bahagian, di mana setiap bahagian menyiarkan 7 episod. Buat masa ini, masih belum jelas bila Ozark musim keempat akan mula disiarkan.

2. The Chilling Adventures of Sabrina


siri tv

Pada bulan Julai 2020, Netflix mengesahkan bahagian keempat siri The Chilling Adventures of Sabrina akan menjadi bahagian terakhir kisah remaja ini.

Bahagian yang akan datang, dijadualkan untuk tayangan perdana pada akhir 2020, akan merangkumi lapan episod. Bahagian terakhir ini akan mengikuti Sabrina Spellman dan orang-orang yang disayanginya bertarung dengan Eldritch Terrors. Kekuatan ghaib misteri ini dijelaskan oleh Netflix sebagai rangkaian ancaman menakutkan, termasuk The Weird, The Returned, dan The Void.

Sementara Sabrina menghadapi cabaran tahap kiamat yang lain, Netflix turut menjanjikan babak romantis Sabrina dengan bekas teman lelakinya, Nick Scratch.

3. The Society




Beberapa pengumuman pembatalan siri dari Netflix mengejutkan ramai pihak termasuk pembatalan siri The Society yang diumumkan pada bulan Ogos 2020.

Siri fiksyen sains ini mengisahkan kejadian setelah sekumpulan pelajar sekolah menengah kembali dari perkhemahan yang gagal dan mendapati pekan yang mereka duduki benar-benar kosong - dan tidak ada jalan keluar.

The Society telah menjadi topik perbualan di media sosial dan diminati ramai. Namun, Netflix mengumumkan akan menamatkan siri ini dan penggambaran untuk musim kedua tidak akan pernah dijalankan. Dipercayai pembatalan ini dilakukan atas sebab kesukaran yang berkaitan dengan Covid-19 dan juga penglibatan ramai orang dalam siri ini.

4. Messiah


siri tv

Satu lagi siri Netflix dari tahun 2019-2020 dibatalkan selepas hanya satu musim. Messiah, yang debut pada Hari Tahun Baru 2020, telah diakhiri secara rasmi pada bulan Mac 2020.

Sepanjang siaran Messiah, siri ini menghadapi kecaman dan kritikan. Suruhanjaya Filem Diraja Jordan telah meminta Netflix untuk tidak menyiarkan siri ini di negara mereka.

Pelakon utama, Michelle Monaghan, mengesahkan pembatalan itu, dengan mengucapkan terima kasih kepada para pelakon, kru, dan penontonnya di Twitter dengan mengatakan, "I have so much gratitude to everyone who tuned in, supported and whose global perspectives were broadened from watching our show."

5. I Am Not Okay With This


siri tv

Kisah hebat, I Am Not Okay With This, adalah satu lagi kisah remaja yang pembatalannya telah diumumkan bersama dengan berakhirnya The Society. Siri ini dibintangi oleh Sophia Lillis dan Wyatt Oleff dan ditulis oleh penulis The End of the F***ing World, Jonathan Entwistle.

Pembatalan ini bermaksud penonton tidak akan pernah tahu dari mana Sydney (Lillis) memperoleh kemampuannya, atau siapa yang mengikutinya sepanjang musim pertama.

6. The Crown




Tiada siri Netflix yang lebih membingungkan daripada siri The Crown. Pada awalnya, drama diraja Britain dijadualkan berjalan selama enam musim di mana tahun ini, baru tiga musim disiarkan. Kemudian, pada bulan Januari 2020, pencipta, Peter Morgan, mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa dia telah memutuskan The Crown akan berakhir dengan musim kelima.

Namun, kenyataan itu berakhir apabila pada bulan Julai 2020, Morgan mengumumkan The Crown akan mendapat musim keenam. Menurut pengumumannya di Twitter, "As we started to discuss the storylines for Series 5, it soon became clear that in order to do justice to the richness and complexity of the story we should go back to the original plan and do six seasonsTo be clear, [season 6] will not bring us any closer to present-day – it will simply enable us to cover the same period in greater detail."

Ini bermakna tidak akan ada Putera Harry dan Duchess of Sussex, Meghan versi The Crown. Namun, watak Queen Elizabeth dalam musim kelima dan keenam akan diambil alih oleh Imelda Staunton, pelakon watak jahat dalam Harry Potter. Musim keempat akan kembali di Netflix pada 15 November ini.

Sumber: Business Insider & Insider

Baca lagi: ‘The Haunting of Bly Manor’ Akan Hadir Pada 9 Oktober Ini Di Netflix