Siapa kat sini peminat siri TV Game Of Thrones? Minggu ini kita dapat saksikan pertama kalinya John Snow berjumpa dengan Daenerys Targaryen dan juga pertama kalinya John Snow bersemuka dengan Dragon.

Peminat Game Of Thrones sudah tentu lali dengan teori dan imej tertiris di internet, tetapi bagaimana pula reaksi anda jika terdapat episod penuh tertiris dengan lebih awal?

Menurut Entertainment Weekly, mereka telah menerima satu email daripada seorang penggodam yang telah berjaya mencuri data sebanyak 1.5TB daripada rancangan tersebut termasuklah episod berjudul "Ballers and Room 104".

Berikut merupakan email yang diterima oleh salah seorang wartawan pada hari ahad yang lalu.
Hi to all mankind. The greatest leak of cyber space era is happening. What’s its name? Oh I forget to tell. Its HBO and Game of Thrones……!!!!!! You are lucky to be the first pioneers to witness and download the leak. Enjoy it & spread the words. Whoever spreads well, we will have an interview with him. HBO is falling.

"Baru-baru ini HBO telah mengalami insiden yang mengakibatkan maklumat dan data telah dicuri" Ulas HBO pada hari Isnin dalam satu kenyataan.

"Kami akan mulakan siasatan dan akan berkerjasama dengan penguatkuasaan undang-undang dan firma keselamatan siber pihak ketiga. "Perlindungan data adalah keutamaan di HBO" tambah mereka lagi.

Sumber Rujukan: Entertainment Weekly dan IndieWire