realme X7 Dan X7 Pro Kini Rasmi - Dijana Cip MediaTek Dimensity 1000+, Paparan 120Hz, Dan Bateri 4,500mAh

realme hari ini baru sahaja melancarkan 2 buah model telefon 5G kelas premium iaitu realme X7 dan juga realme X7 Pro. Kedua-dua telefon ini dijana oleh cip MediaTek dan juga mempunyai kapasiti bateri yang besar.

realme X7 Pro


Merupakan model paling premium, realme X7 Pro hadir dengan paparan 120Hz AMOLED berukuran 6.55 inci. Pada paparan itu juga ia dimuatkan dengan lubang kamera swafoto 32MP.

Realme X7 and Realme X7 Pro are official, Realme V3 tags along

Paparan juga turut menyokong input sentuh setinggi 240Hz serta pengimbas cap jari.

Untuk kamera belakang, ia mempunyai 4 lensa dengan konfigurasi 64MP utama, 8MP sudut lebar, 8MP makro dan 2MP depth.

Telefon dijana oleh cip MediaTek Dimensity 1000+ yang buat masa ini merupakan cip paling berkuasa dari MediaTek. Ia juga mempunyai sistem penyebaran haba yang membantu untuk menurunkan suhu ketika bermain permainan dan mengecas.

realme X7 Pro dikuasakan oleh kapasiti bateri sebesar 4,500mAh dan pengecasan pantas SuperDart Flash Charge 65W.

Untuk konfigurasi memori, realme X7 Pro mempunyai pilihan RAM sehingga 8GB dan juga storan dalaman sehingga 256GB.

realme X7


realme X7 pula merupakan telefon bersaiz sedikit kecil dengan 6.4 inci AMOLED. Paparannya juga seperti realme X7 iaitu mempunyai kadar segar semula 120Hz, namun input sentuh sehingga 180Hz.

Realme X7 and Realme X7 Pro are official, Realme V3 tags along

Cip dijana oleh kelas pertengahan MediaTek Dimensity 800U serta RAM sehingga 8GB manakala storan dalaman adalah 128GB.

Swafoto telefon adalah 32MP yang turut dimuatkan pada paparan dengan rekaan kamera berlubang. Pada bahagian belakang pula ia masih menyertakan 4 lensa dengan 64MP utama, 8MP sudut lebar, 8MP B/W potret dan 2MP makro.

Kapasiti bateri adalah sedikit kecil dengan 4,300mAh serta pengecasan pantas 65W.

Harga Jualan


Kedua-dua realme X7 dan realme X7 Pro turut dijual dalam versi kemasan menarik iaitu slogan "Dare To Leap" realme pada bahagian belakang.

realme X7 dipasarkan bermula harga CNY 1,799 (~RM1,092) manakala realme X7 Pro pula CNY 1,299 (~RM1,335) di China.

Belum diketahui sama ada ia akan hadir untuk pasaran Malaysia disebabkan sebelum-sebelum ini telefon 5G dari realme seperti X50 tidak dijual secara rasmi di sini.

Sumber: realme X7, realme X7 Pro

Berkaitan