Siri OPPO Reno6 Rasmi Masuk Pasaran Tempatan

OPPO hari ini secara rasminya membawa masuk siri Reno terbaru, iaitu Reno6 Z 5G dan juga Reno6 5G. Kali ini, siri Reno6 menawarkan kemampuan kamera potret yang lebih baik buat peminatnya.

Kedua-dua peranti ini tampil dengan 3 kamera belakang dimana 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara kamera sebesar 32MP ditugaskan untuk swafoto.

Antara ciri kameranya adalah seperti video kecantikan potret, potret suar bokeh serta video dwi-pandangan.



Untuk spesifikasi dalaman, Reno6 dikuasakan Dimensity 900. Sementara Reno6 Z pula mempunyai cip Dimensity 800U. Ia digandingkan pula memori 8GB RAM serta storan 128GB tetapi Reno6 disokong penambahan RAM (virtual RAM) sebanyak 2/3/5GB daripada storan dalaman.

Selain itu, turut dilengkapi 6.4 inci dengan panel AMOLED. Akan tetapi Reno6 Z hadir bersama 60Hz kadar segar semula, manakala Reno6 pula 90Hz. Bateri di dalam adalah berkapasiti 4310mAh bersama 30W pengecasan bagi Reno6 Z dan 4300mAh serta 65W pengecasan untuk Reno6.

Didatangkan dengan dua pilihan warna bagi kedua-dua peranti, iaitu Aurora dan Stellar Black yang mana harga jualan adalah RM1699 untuk Reno6 Z dan RM2399 bagi Reno6.



Peranti terbaru OPPO ini akan mula tersedia dengan pra-tempahan bermula hari ini sehingga 13 Ogos 2021 melalui Shopee dan OPPO Online Store.

Pembeli yang membuat pra-tempahan, layak menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM779. Sementara jualan pertama siri Reno6 akan bermula 14 Ogos ini.

Sementara itu, OPPO turut melancarkan fon telinga Enco Air dimana dijual pada harga RM299. Ia adalah TWS jenis terbuka dengan pemandu 12mm, mempunyai IPX4, ada Game Mode serta bateri boleh bertahan hingga 8 jam.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga artikel berkaitan: