Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO reno6

Siri OPPO Reno6 Mungkin Dilancarkan Pada Bulan Ini

Diterbitkan Mei 3, 2021 oleh Amsyar Latif

OPPO Reno5 sudah dilancarkan di Malaysia pada Januari lalu dan baru-baru ini juga, Reno5 F turut hadir buat pasaran tempatan.

Kini, kita sudah hampir memasuki separuh tahun 2021 dan siri Reno6 dijangka akan diperkenalkan OPPO pada 22 Mei ini.

Berdasarkan laporan dari China, OPPO bakal mengadakan gala pada hari tersebut dimana banyak selebriti yang hadir dan pada masa yang sama, siri Reno6 mungkin dilancarkan juga.

Suka Ambil Gambar, Bermakna Anda Suka Telefon Ini
OPPO Reno5 F

Melihat terdahulu, OPPO pernah mengumumkan telefon pintar baharu semasa acara gala itu pada tahun 2018, iaitu OPPO R15. Sementara siri Reno generasi pertama tampil pada acara gala 2019.

Mengenai siri Reno6, ia dijangka akan dikuasakan Dimensity 1200 dan sokongan paparan 90Hz. Sementara Reno6 Pro dikuasakan Snapdragon 870 dan model paling berkuasa dengan Snapdragon 888 adalah menerusi Reno6 Pro+.

Meskipun begitu, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada OPPO.

Sumber: gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY