Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reno6 poster

Siri OPPO Reno6 Akan Dilancar 27 Mei, Rekaan Mirip iPhone 12

Diterbitkan Mei 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, OPPO secara rasminya mengesahkan kehadiran peranti baharunya pada 27 Mei ini menerusi barisan siri Reno6. Terdapat tiga telefon, iaitu Reno6, Reno6 Pro dan juga Reno6 Pro+.

Screenshot 2021-05-24 at 4.50.34 PM

Melihat kepada varian Pro, ia mempunyai rekaan dengan skrin melengkung dan panel belakang hadir dengan kemasan warna seperti air laut.

Reno6 Pro

Malah, DigitalChatStation juga melaporkan warnya dinamakan Crystal Blue dan tampil dengan tekstur untuk genggaman lebih selesa pada tangan.

Reno6 Pro+

Namun, tumpuan dalam siri ini adalah varian standard Reno6 kerana rupanya sangat mirip dengan rekaan iPhone 12. Boleh juga dikatakan ia seperti iPhone 12 yang menjalankan sistem operasi Android dan tidak ada takuk (notch).

Siri OPPO Reno6 Akan Dilancar 27 Mei, Rekaan Mirip iPhone 12

Tidak pelik ia tampil sebegitu kerana OPPO Find X3 Pro juga seakan iPhone walaupun kedudukan kamera belakang berbeza.

Baca juga – Kamera OPPO Find X3 Pro Boleh Kesan Kasut Tiruan

Dari segi spesifikasi Reno6 Pro dikhabarkan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200 sementara Reno6 Pro+ pula Snapdragon 870.

Kedua-dua varian tersebut juga dilengkapi kuad-kamera tetapi varian Pro+ mempunyai lensa utama 50MP, 13MP telefoto, 16MP ultra lebar dan 2MP depth.

Baca juga – iPhone Bukan Telefon Pertama Tanpa ‘Headphone Jack’

Manakala varian Pro ditugaskan lensa utama 64MP, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Walaupun siri Reno5 masih lagi ada bau kedai, mari sama-sama kita nantikan pelancaran Reno6 ini.

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY