iPhone Bukan Telefon Pertama Tanpa 'Headphone Jack'

Banyak jenama terkenal telefon pintar mula menghasilkan telefon tanpa bicu audio (headphone jack) sejak tahun 2016 selepas pengenalan iPhone 7.

Tetapi ramai tidak tahu bahawa Apple iPhone bukanlah jenama pertama yang menghasilkan telefon pintar tanpa bicu audio.

Kapsyen: OPPO R5: Kredit: GSM Arena


Telefon pintar pertama yang hadir tanpa bicu audio adalah peranti Oppo R5 pada tahun 2014. Sebab utamanya adalah untuk tujuan estetik yang menjadikan ia telefon pintar paling nipis dengan ketebalan 4.85mm (0.19in).

Namun, langkah Oppo pada tahun itu dilihat sebagai langkah kurang bersedia kerana pengaruh mereka masih belum cukup kuat dan tidak kena pada masanya.

Berbanding Oppo, tujuan Apple menyingkir bicu audio pada peranti mereka dilihat lebih praktikal, berani, dan kena pada masa.

Apple mendakwa dengan penyingkiran bicu audio, ia dapat memuatkan Taptic Engine yang lebih kuat atau memuatkan bateri yang lebih besar.

Pengenalan Airpods pada waktu yang sama turut menyokong dakwaan untuk memberi pengguna kegunaan tanpa wayar yang lebih mudah.

Selepas daripaa itu, barulah jenama-jenama lain turut mengikut trend ini dengan tujuan sama iaitu untuk menambah baik dan memuat lebih banyak ciri di dalam peranti pintar mereka.

Kredit foto utama: android community

Sumber: android authority