Siri OPPO Reno10 Mungkin Hadir Pada Rabu Ini, Bawa Rekaan Baharu

OPPO bakal melancarkan barisan telefon pintar terbaru mereka - siri OPPO Reno10. Berdasarkan poster yang kami dapati, siri Reno10 mungkin akan dilancarkan pada 24 Mei ini.

Oppo Reno10 series could arrive on May 24 as more specs leak

Menurut Digital Chat Station, OPPO menawarkan 2 model utama - OPPO Reno10 yang standard dan OPPO Reno10 Pro.

Spesifikasi OPPO Reno10 dan Reno10 Pro Yang Didakwa


OPPO Reno10 dikuasakan cip Snapdragon 778G, memori RAM 12GB dan storan sebesar 245GB. Model standard ini mempunyai kapasiti bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 80W.

OPPO Reno10 mempunyai skrin lengkung 6.7" beresolusi 1080p yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

Untuk kamera, peranti ini menawarkan tetapan 3 kamera utama - 64MP utama (Omnivision OV64B), 8MP ultra-lebar (Sony IMX355), 32MP potret (Sony IMX709) dan 32MP swafoto (Sony IMX709).

Sementara itu, model Pro akan menggunakan cip Dimensity 8200, MariSilicon X NPU, bateri sebesar 4,600mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 100W.

Peranti ini mempunyai skrin 6.74" yang lebih besar beresolusi 2772 x 1240p dengan sokongan kadar segar semula 120Hz juga.

Seperti Reno10, versi Pro menawarkan tetapan 3 kamera - 50MP utama (Sony IMX890) dengan OIS, 8MP ultra-lebar (Sony IMX355), 32MP potret (Sony IMX709) dan 32MP swafoto (Sony IMX709).

{suggest}

Walau bagaimanapun, ini ada pelancaran untuk pasaran China dan siri ini mungkin akan hadir ke pasaran tempatan lagi beberapa minggu.

Sumber: Digital Chat StationĀ 

Gambar utama: GSMArena