Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 9_pqo

Siri OnePlus 9 Tidak Akan Dihantar Untuk Ujian Pemarkahan DxOMark

Diterbitkan Mac 15, 2021 ยท Dikemas kini Mac 15, 2021 oleh Amalina Athman

OnePlus telah pun mengumumkan siri OnePlus 9 akan dilancarkan pada 23 Mac 2021. Tidak hanya itu, syarikat itu juga telah mendedahkan beberapa perincian mengenainya termasuk sensor kamera yang bakal dimuatkan pada peranti serta kerjasama dengan syarikat kamera terkenal dari Sweden, Hasselblad.

Jika anda ternanti-nanti ujian pemarkahan oleh DxOMark bagi siri peranti ini, anda mungkin terpaksa melupakannya. CEO OnePlus, Pete Lau telah mengumumkan siri OnePlus 9 tidak akan dihantar untuk ujian pemarkahan DxoMark.

OnePlus 9 DxoMark

Perkara ini mungkin mengejutkan berikutan OnePlus adalah antara pengeluar yang menggunakan skor DxOMark untuk memasarkan peranti mereka.

Pete Lau tidak mengulas lanjut mengenainya keputusan tersebut, namun terdapat spekulasi mengatakan pemarkahan DxoMark mempunyai kekurangan. Sebagai contoh, ramai tidak bersetuju mengenai pemarkahan yang diberikan kepada Galaxy S21 Ultra.

Dengan keputusan tersebut, bukan sahaja kita tidak dapat melihat skor bagi prestasi kamera dalam siri OnePlus 9, malah untuk kualiti audio dan paparan juga.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY