Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor100 pro

Siri HONOR 100 Dilancar, Dikuasakan Snapdragon 7 Gen 3 Dan SD 8 Gen 2

Diterbitkan November 24, 2023 · Dikemas kini November 24, 2023 oleh ariff bukhari

HONOR baru sahaja mengumumkan model terbaru telefon pintar siri HONOR 100 di China.

Untuk siri HONOR 100, ia dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 terbaru.

Ia sekaligus menjadikannya sebagai peranti pertama yang dikuasakan cip tersebut.

HONOR 100

HONOR 100 dilengkapi cip Snapdragon 7 Gen 3, skrin OLED bersaiz 6.7″ dengan resolusi 1220p dan pengimbas cap jari di bawah panel.

HONOR 100 hanya dilengkapi 2 kamera di bahagian belakang di mana kamera utama 50 MP nya  menggunakan sensor Sony IMX906 f/1.95 aperture dan OIS serta lensa ultralebar 12 MP dengan 112 darjah FoV.

Kamera swafotonya pula menggunakan sensor 50 MP dan kanta f/2.1 di hadapan.

Siri HONOR 100 Dilancar, Dikuasakan Snapdragon 7 Gen 3 Dan SD 8 Gen 2
HONOR 100 dimuatkan dengan bateri 5000 mAh.

Harga jualan Honor 100 bermula dari CNY 2,499 (~RM1637) untuk varian RAM 12GB/storan 256GB yang ditawarkan dalam 4 pilihan warna – Hitam, Putih, Biru, atau Ungu.

HONOR 100 Pro

HONOR turut melancarkan versi 100 Pro di mana ia dikuasakan cip Qualcom Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih berkuasa.

Honor 100 Pro juga dimuatkan dengan bateri 5,000 mAh serta pengecas pantas 100W yang turut menyokong pengecasan wayarles 66W yang boleh memenuhkan bateri telefon ini dari 0% hingga 100% hanya dalam masa 42 minit sahaja.

honor100 pro-ksp-pic-1.jpg (1)

100 Pro mempunyai skrin OLED 6.78″ yang lebih besar dengan kadar segar 120Hz, dilengkapi kamera utama 50 MP, kamera ultralebar 12 MP serta kamera ketiga 32 MP yang didakwa HONOR itu boleh mencapai “50x zoom”.

Hadir dalam warna Hitam, Putih, Biru dan Ungu, harga jualan HONOR 100 Pro adalah bermula dari CNY 3,399 (~RM2227) untuk varian RAM 12GB/ storan 256GB dan CNY 4,399 (~RM2882) untuk varian dengan 16 GB RAM dan storan 1 TB (hanya untuk versi warna ungu dan putih).

Berkaitan

  • Samsung Lancar Galaxy Z Flip5 Edisi Terhad Maison Margiela
  • Skor Geekbench Snapdragon 7 Gen 3 Lebih Rendah Dari SD 7+ Gen 2
  • Sambar 'Game' Penuh Aksi Dan Pengembaraan Ini Sementara Percuma

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY