Sekitar dua minggu yang lalu, Asus telah melancarkan dua buah telefon pintar baharu mereka menerusi Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip.
Kami juga pernah berkata dimana dua peranti tersebut akan tiba buat pasaran tempatan pada penghujung bulan ini. Kini, Asus Malaysia telah mengumumkan bahawa ia akan dirasmikan di Malaysia pada 28 Mei 2021.
Pelancaran siri Zenfone 8 akan dilakukan secara dalam talian pada Jumaat ini jam 8 malam. Mungkin beberapa dalam kalangan kita sudah meluahkan rasa keterujaan mereka terhadap peranti tersebut.
Manakan tidak, siri Asus Zenfone sudah sekian lama tidak kelihatan di Malaysia dan kali ini ia kembali menemui peminat tempatan.
Baca juga – Asus Zenfone 8 Diperkenal, Telefon ‘Flagship’ Bersaiz Kompak
Mengimbas kembali penawarannya, peranti ini sarat dengan spesifikasi andalan (flagship) seperti cip Snapdragon 888, paparan AMOLED, bateri yang besar, kamera yang baik dan banyak lagi.
Jangkaan harga untuk pasaran Malaysia mungkin adalah bermula sekitar RM3000. Walau apa pun, sama-sama kita nantikan kehadirannya kelak.
Sumber: Asus