Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri AMD Ryzen Dan Athlon 7020 C-Series Kuasakan Chromebook, Bateri Bertahan Sehingga 19.5 Jam

Siri AMD Ryzen Dan Athlon 7020 C-Series Kuasakan Chromebook, Bateri Bertahan Sehingga 19.5 Jam

Diterbitkan Mei 23, 2023 oleh ariff bukhari

AMD telah mengumumkan barisan cip pemprosesan AMD Ryzen dan Athlon 7020 C-Series baharu,untuk komputer riba bajet Chromebook.

Berkelajuan sehingga 4.3 GHz dengan empat teras dan lapan bebenang yang dibina di atas seni bina “Zen 2” serta grafik bersepadu AMD RDNA 2 yang berkuasa, pemprosesan ini direka untuk memberikan prestasi pantas dan responsif untuk produktiviti, sidang video, aplikasi pembelajaran dan penstriman.

Dibina berdasarkan teknologi 6nm, cip AMD Ryzen dan Athlon 7020 C-Series membolehkan kecekapan kuasa yang sangat baik dengan hayat bateri yang dijangkakan boleh mencapai sehingga 19.5 jam pada pemproses Athlon Silver 7120C dan sehingga 17 jam pada pemproses Ryzen 3 7320C.

Ryzen and Athlon 7020 C-Series processors

Komputer riba Chromebook yang dijana dengan pemproses Ryzen dan Athlon 7020 C-Series dijangka akan tersedia daripada rakan kongsi OEM global termasuk ASUS dan Dell bermula pada suku ke-2 2023 ini.

Berkaitan

  • 'Laptop' Bajet Google Menyebabkan Peningkatan Sisa Elektronik - Kajian
  • Mulai Julai, Pengesahan Transaksi Secure2u Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE
  • Beli Samsung Galaxy A24 Sekarang Dan Dapatkan Hadiah Bernilai RM178

Sumber: AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY