Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Laptop’ Bajet Google Menyebabkan Peningkatan Sisa Elektronik – Kajian

‘Laptop’ Bajet Google Menyebabkan Peningkatan Sisa Elektronik – Kajian

Diterbitkan Mei 5, 2023 · Dikemas kini Mei 5, 2023 oleh ariff bukhari

Komputer riba murah keluaran Google, Chromebook dilaporkan menjadi antara penyebab utama kepada peningkatan sisa elektronik.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Penyelidikan Kepentingan Awam AS (PIRG), sisa elektronik Chromebook memberi kesan ketara terhadap alam sekitar.

Ini kerana, jangka hayat Chromebook yang pendek menyebabkan ia hanya boleh diguakan dalam masa yang singkat sahaja.

Sekaligus menyebabkan berlakunyan timbunan Chromebook yang tidak boleh digunakan lagi.

PIRG berkata, apabila ia telah tamat tempoh, ia tidak lagi menerima kemas kini dan tidak boleh mengakses internet dengan selamat.

Malah sukar untuk mencari alat ganti bagi membaiki Chromebook yang berpunca daripada kekurangan alat ganti yang dihasilkan oleh pengilang.

‘Laptop’ Bajet Google Menyebabkan Peningkatan Sisa Elektronik – Kajian
Apabila teknologi seperti Chromebook mencapai tarikh tamat tempohnya, hanya satu pertiga daripada sisa elektronik dari peranti tersebut dapat dikitar semula dengan betul.

Ekoran itu, PIRG menggesa Google untuk memanjangkan hayat Chromebook demi masa depan alam sekitar seperti melanjutkan tarikh Tamat Tempoh Kemas Kini Automatik (AUE) mereka.

Google juga boleh bekerjasama dengan pengeluar Chromebook untuk menghasilkan alat ganti yang seragam dengan reka bentuk setakat yang mungkin. Ini akan mengurangkan sisa elektronik dan meningkatkan keupayaan peranti untuk dibaiki.

PIRG berkata, menggandakan hayat Chromebook akan dapat menjimatkan perbelanjaan sekolah di AS sebanyak USD1.8 bilion (RM~8 bilion) dan boleh mengurangkan pelepasan karbon bersamaan dengan 900 ribu kereta selama setahun.

Berkaitan

  • EU Tak Benar Apple Hadkan Kelajuan USB-C Pada iPhone Kelak
  • Maxis Respon Langkah Baru Kerajaan Pelaksanaan 5G
  • Sambar 3 Game Ini Sekaligus Berharga RM151.99 Secara Percuma Sekarang

Sumber: PIRG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY