Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

‘Simpsons x Vans’ Akan Dilancarkan Pada 7 Ogos

Posted on Ogos 5, 2020

Sempena ulang tahun siri animasi The Simpsons yang ke-30, Vans telah bekerjasama dengan The Simpsons untuk mengeluarkan koleksi barangan siri itu. Kolaborasi ‘The Simpsons x Vans’ yang bakal menawarkan koleksi kasut, pakaian, dan juga aksesori akan dilancarkan pada 7 Ogos.

https://www.instagram.com/p/CDbuKatJPIk/?utm_source=ig_embed

Lebih sepuluh tahun yang lalu, The Simpsons pernah berkolaborasi dengan Vans bersama pereka seni, Kaws. Kini, koleksi kerjasama terbaru mereka akan menampilkan keluarga Simpsons yang terdiri daripada lima orang termasuk keluarga besarnya.

Dalam rekaan barangan koleksi ini, anda dapat melihat karakter Homer, Marge, Bart, Lisa, dan Maggie ditampilkan pada model Slip-On, Old Skool, Sk8-Hi, Era, dan Chukka Pro. 

simpsons x vans
simpsons x vans
simpsons x vans

Pakaian dari koleksi ini merangkumi kemeja-T grafik yang menampilkan seluruh keluarga serta watak-watak utama, bertemakan “El Barto”. Aksesori pula nanti termasuk topi, beg papan selaju, beg sisi, dan lain-lain.

simpsons x vans
simpsons x vans
simpsons x vans
simpsons x vans
simpsons x vans
simpsons x vans

Koleksi The Simpsons x Vans ini akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos. Layari laman web rasmi Vans untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi ini.

Sumber: Highsnobiety & Hypebeast

Baca lagi: Nike SB Melancarkan Koleksi “Tokyo 2020 Olympics”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress