Nike SB Melancarkan Koleksi "Tokyo 2020 Olympics"

Walaupun debut sukan Olimpik papan selaju ditangguhkan kerana Covid-19, Nike SB tetap melancarkan sebahagian dari koleksinya yang bertemakan sukan Olimpik. Pelancaran ini termasuklah pek baru "Tokyo 2020 Olympics".



Pek ini merangkumi empat model Nike SB iaitu Nyjah Free 2, Bruin React, Shane, dan Janoski Slip. Setiap model berwarna Putih Summit dilengkapi dengan Biru Racer dan merah jambu terang untuk disesuaikan dengan kit Olimpik rekaan Piet Parra, terutamanya kit Amerika Syarikat dan Perancis.




Nyjah Free 2 telah direka khas untuk pemain papan selaju profesional, Nyjah Huston. Model ini bercirikan warna merah jambu dan biru terang di bahagian sock liner, lengkap dengan Swoosh di tepi.






Model Shane pula direka bersempena seorang lagi pemain papan selaju profesional, Shane O'Neal. Kasut ini mempunyai suede yang juga menampilkan logo merah jambu dan biru yang minimal serta tab tumit berwarna merah jambu.






Bruin React terdiri daripada tab tumit berwarna merah jambu dan biru terang dan garis luaran Swoosh biru di atas suede kelabu Swoosh.






Model yang terakhir adalah Janoski Slip yang menampilkan Swoosh bersulam, iaitu biru di sisi dan versi garis luaran berwarna merah jambu di bahagian tengah.






Bagi memberi pernghormatan kepada Olimpik Tokyo, koordinat tempat untuk mengadakan acara sukan itu diletakkan di bahagian tengah setiap kasut.

Kesemua empat pasang Nike SB "Tokyo 2020 Olympics" boleh didapatkan melalui laman web rasmi Nike.

Sumber: Hypebeast & Modern Notoriety

Baca lagi: Kevin Durant x BAPE x Master & Dynamic – Koleksi Edisi Terhad Fon Kepala Dan Fon Telinga