Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Poster Jangan Gunakan #SIBODOHKAUDENGARSINI Bukan Dikeluarkan Oleh SKMM

Poster Jangan Gunakan #SIBODOHKAUDENGARSINI Bukan Dikeluarkan Oleh SKMM

Diterbitkan Januari 20, 2021 · Dikemas kini Januari 20, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menegaskan, bahawa poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan hashtag #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter adalah bukan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya tersebut.

Poster Jangan Gunakan #SIBODOHKAUDENGARSINI Bukan Dikeluarkan Oleh SKMM
Poster palsu ini bukan dari SKMM.

SKMM memaklumkan bahawa poster tersebut yang baru tular di media sosial itu mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka jika melanggar amaran berkenaan.

Sebelum ini #SiBodohKauDengarSini telah menjadi sohor di Malaysia berikutan rasa kecewa pengguna media sosial terhadap kawalan waktu operasi kedai makan semasa perintah kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0).

Respon terhadap isu itu, Kerajaan menyatakan bahawa akan mempertimbangkan waktu operasi restoran dan kedai makan dari jam 8 malam kepada jam 10 malam untuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) ketika ini dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Berkaitan dengan poster amaran palsu itu pula, pihak SKMM menyatakan akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih kepada pengguna.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY