Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Serangan Ransomware: Kebanyakkan Mesin ATM Di India Ditutup

Siap Sedia, Caj RM1 Di ATM MEPS Kembali Dikenakan Mulai Esok

Diterbitkan Januari 31, 2022 · Dikemas kini Januari 31, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Seperti semua sedia maklum, caj RM1 untuk pengeluaran wang antara bank di ATM telah dikecualikan sejak April 2020. Ini merupakan antara usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat di kala dilanda pandemik.

Bagaimanapun, pada Disember 2021 lalu, bank-bank di Malaysia telah mengeluarkan pengumuman di media sosial mereka bahawa caj RM1 di ATM MEPS ini akan dikuat kuasakan semula bermula 1 Februari 2022 untuk pengeluaran wang antara bank.

Ini bermakna anda hanya boleh mengeluarkan wang secara percuma di ATM bank itu sendiri sahaja. Jika anda mengeluarkannya di ATM bank lain, anda akan dicaj RM1.

Misalnya, jika anda mengeluarkan wang daripada akaun CIMB di ATM CIMB, maka tiada caj dikenakan namun apabila anda mengeluarkan wang daripada akaun selain CIMB (Maybank contohnya) di ATM CIMB, maka anda akan dicaj RM1.

Starting from 1 February 2022, the ATM interbank cash withdrawal fee of RM1.00 will be reinstated. Maybank customers can continue to perform cash withdrawal transactions at Maybank’s ATM for free*. Info: https://t.co/NSXArsSJGu
*T&C apply. pic.twitter.com/khZsUXKGm2

— Maybank (@MyMaybank) December 15, 2021

Walaupun menerima reaksi negatif daripada pengguna, namun tiada kenyataan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengecualian caj RM1 ini hingga ke hari ini.

Bermula esok, pengguna perlu memilih ATM tertentu untuk mengeluarkan wang daripada akaun mereka jika mahu mengelakkan daripada dicaj. Cara lain pula adalah dengan memindahkan wang daripada akaun bank lain ke bank yang mempunyai ATM berdekatan.

Baca juga:

  • Cara Tukar Kad ATM Maybank Guna Maybank2U
  • Tak Payah Beratur Panjang, Ini Cara Bayar Saman Melalui ATM
  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Kabel Besar TIME Dengan WiFi 6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY