Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
setel one tap

Setel Tawar Ciri ‘One-Tap Fuelling’ Terhad Untuk 1,000 Pengguna, Ini Cara Dapatkannya

Diterbitkan September 5, 2022 · Dikemas kini September 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Setel menambah ciri baharu, ‘One-Tap Fuelling’ yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam petrol dengan satu sentuhan sahaja daripada aplikasi itu.

Dengan ciri ini, pengguna boleh menetapkan awal-awal kuantiti petrol yang ingin diisi dan kaedah pembayaran (Setel Wallet/Smartpay) di ‘Preferences‘ dalam tetapan aplikasi.

Setel one tap fuelling 1

Jadi, di stesen minyak kelak, anda hanya pilih nombor pam saja kerana kuantiti dan kaedah pembayaran akan mengikut tetapan tadi.

Pengguna juga tidak perlu masukkan passcode.

Untuk kaedah pembayaran, ia masih tidak menyokong pembayaran melalui CardTerus (kad kredit/debit). Ciri ‘One-Tap Fuelling’ ini juga akan hadir ke Apple Watch nanti.

Setel Tawar Ciri ‘One-Tap Fuelling’ Terhad Untuk 1,000 Pengguna, Ini Cara Dapatkannya

Tanpa ciri ‘One-Tap Fuelling’ ini, pengguna perlu pilih nombor pam, kuantiti isian dan masukkan passcode.

Buat masa ini, ia terhad untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang berdaftar di seluruh negara dan akan diperluas secara berperingkat pada 2 bulan akan datang.

Berkaitan

  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Tidak Melabur Dalam DNB Tapi Akan Sediakan 5G, Ini Jawapan U Mobile
  • iPhone 14 Pro Dikatakan Hadir Dengan Petunjuk Bateri Yang Lama
  • Netflix Dilapor Lancar Pelan Beriklan Pada 1 November 2022

Untuk anda yang berminat mendapat akses awal, anda boleh memuat naik gambar Dah Setel So Far ke Instagram Story atau Twitter dengan tanda pagar #SetelOneTapFuelling.

setel one tap (1)
setel one tap (2)

 

Selain itu, dari hari ini hingga 4 Oktober 2022, pengguna Setel berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad oleh Setel apabila mereka memuat naik video mereka yang paling kreatif di Instagram atau Twitter yang menunjukkan pengalaman mereka menggunakan fungsi ‘One-Tap Fuelling’, berserta dengan tag @setel dan tanda pagar #SetelOneTapFuelling.

Untuk maklumat lanjut lain, anda boleh layari laman web Setel.

Sumber: Siaran Akhbar Setel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY