Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setakat Ini Sudah 6 Suspek Telah Ditahan Kerana Menyebarkan Kandungan Palsu Mengenai Novel Coronavirus

Setakat Ini Sudah 6 Suspek Telah Ditahan Kerana Menyebarkan Kandungan Palsu Mengenai Novel Coronavirus

Diterbitkan Januari 31, 2020 ยท Dikemas kini Januari 31, 2020 oleh ariff bukhari

Suspek terbaru yang ditahan adalah seorang kerani bank di Kuantan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat operasi serbuan berterusan sejak 28 Januari lalu bagi menahan individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai Novel Coronavirus.

Operasi berterusan itu telah membawa kepada penahanan seorang lagi suspek terbaru yang merupakan seorang wanita berumur 28 tahun. Suspek itu adalah seorang kerani bank dan telah ditahan di Kuantan, Pahang petang semalam.

Penahanan dibuat bagi membantu siasatan polis berhubung kandungan berita palsu yang dimuat naik di laman Facebook pada 27 Januari 2020 lalu.

Turut dirampas dalam serbuan itu adalah telefon bimbit dan kad sim milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut di laman Facebook.

Dalam kenyataan media SKMM memberitahu, penahanan terbaru ini telah menjadikan seramai 6 orang suspek telah ditahan berkaitan penyebaran kandungan palsu Novel Coronavirus sejak 28 Januari 2020.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY