Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
High_Resolution_PNG-MX Anywhere 3S Pale Grey ENVR BOB

Logitech Lancar Tetikus MX Anywhere 3S Berharga RM369

Diterbitkan Mei 31, 2023 · Dikemas kini Mei 31, 2023 oleh ariff bukhari

Logitech International hari ini mengumumkan kehadiran tetikus terbaru, MX Anywhere 3S.

Ia merupakan tambahan terbaru kepada Siri Master premium yang direka untuk pengguna mahir, seperti pembangun perisian dan profesional kreatif.

MX Anywhere 3S dimuatkan dengan ciri Smart Actions, ciri baharu dalam Logi Options+ yang direka untuk pengguna yang mahukan ketepatan, kelajuan dan keselesaan untuk mencapai prestasi optimum dan rasa seronok ketika menggunakannya.

Ia dicapai menerusi sensor optik 8,000 DPI yang mengesan pada hampir mana-mana permukaan, termasuk kaca, menjadikannya tetikus kompak yang sempurna untuk pelbagai ruang kerja di sekitar rumah atau pejabat.

High_Resolution_PNG-MX Anywhere 3S LIFE Cafe Rose 01
MX Anywhere 3S dilengkapi teknologi Quiet Click, yang menjadikan klik lebih senyap daripada model sebelumnya (MX Anywhere 3).

Berharga RM369, MX Anywhere 3S boleh dibeli di kedai rasmi Logitech di Lazada dan Shopee serta peruncit sah yang lain.

Aplikasi Logi Options+ pula tersedia untuk dimuat turun secara percuma di logi.com/optionsplus.

Berkaitan

  • Logitech Umum Kerjasama Dengan iFixit, Sokong Baik Pulih Kendiri
  • Bluetooth Sambungkan Otak Dan Tulang Belakang, Lelaki Lumpuh Kembali Berjalan
  • Dapatkan HUAWEI Band 8 Pada Harga Serendah RM149 Eksklusif Di Lazada

Sumber: Siaran Media Logitech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY