Servis yang amat berguna untuk penyelidik, pelajar, wartawan dan lain-lain.
Google hari ini mula menawarkan servis Dataset Search kepada pengguna. Servis tersebut membolehkan pengguna membuat carian ke atas set data yang lengkap hampir 25 juta set data berbeza.
Servis Dataset Search ini pertama kali diumumkan Google adalah pada September 2018 dahulu.
Ia bertujuan bagi membolehkan pengguna khususnya kepada para penyelidik, wartawan, pelajar dan pengguna umumnya mendapatkan set data lengkap berkaitan sesebuah maklumat yang dikehendaki mereka.
"To enable easy access to this data, we launched Dataset Search, so that scientists, data journalists, data geeks, or anyone else can find the data required for their work and their stories, or simply to satisfy their intellectual curiosity." Google
Sebagai contoh pengguna mahukan set data lengkap berkaitan dengan kucing (cats). Jadi pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci cats di dalam carian Dataset Search.
Untuk versi beta ini, Dataset Search juga kini ditawarkan dalam versi peranti mudah alih serta memuatkan beberapa ciri baru.
Antara ciri baru itu adalah seperti ciri filter yang membolehkan pengguna mengasingkan jenis carian set data seperti teks, imej dan jadual.
Sumber: Tech Crunch
Berkaitan
- Tetapan Penjimatan Tenaga Dan Memori Kini Tersedia Pada Pelayar Google Chrome
- Kaca Mata Pintar Google Terbaru Jadikan Anda Pakar Semua Bahasa
- Google Chrome 106 Mula Ditawarkan, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera
- Had Storan 15GB Bagi Google Photos Berkuat Kuasa Pada 1 Jun 2021
- Aplikasi Wi-Fi Google Terima Kemas Kini Terbaru, Lebih Info Wi-Fi Untuk Pengguna
- Cara Menetapkan Hanya Pemilik Akaun Sah Google Sahaja Boleh Melihat Aktiviti 'History'
- Pelayar Google Chrome Versi 78 Menawarkan Beberapa Ciri Terbaru
- Cara Membuang Data Lokasi Yang Dijejaki Google Dalam Aplikasi Maps
- Semak 5 Perkara Ini Supaya Pelayar Google Chrome Lebih Pantas
- Google Sekat Kemas Kini Terhadap Aplikasi KakaoTalk