Sempena musim bola yang sedang berlangsung ketika ini, vivo telah menganjurkan peraduan “V Hear Your Voice” dengan hadiah bernilai sehingga RM39,999.
Sejajar dengan kempen “To Beautiful Moments” yang dilancar awal bulan ini, vivo ingin peminat bola seluruh dunia mencipta kenangan indah melalui telefon pintar terbarunya.
Baca juga – vivo Lancar Kempen Sempena EURO 2020
Selain itu, sebagai penaja rasmi EURO 2020, peraduan ini turut menawarkan hadiah daripada produk berlesen rasmi oleh UEFA EURO 2020.
Tambahan lagi, peserta peraduan juga berpeluang memenangi siri vivo X60 dan vivo V21 yang baru dilancarkan tahun ini.
Baca juga – Siri vivo X60 Dengan Kamera Zeiss Rasmi, Ini Adalah Harga Buat Pasaran Tempatan
Cara untuk menyertai peraduan ini mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah ini:
- Like laman Facebook rasmi vivo Malaysia.
- Kongsi kiriman Facebook “V Hear Your Voice” hari tersebut.
- Tulis jawapan di ruangan komen beserta hashtag #VHearYourVoiceMY #vivoMalaysia
- Pemenang akan diumumkan di saluran Astro dan laman Facebook rasmi vivo Malaysia.
Disamping itu, vivo turut mengumumkan kempen “vivo Dream Field” yang memperkasakan atlet dari Pan-Disability Football Club. Kempen ini bertujuan menyokong minat dah impian ketika merakam kenangan terindah EURO 2020.
Baca juga – Beli vivo V21 Dapat Rebat, Baucar, Dan Hadiah Menarik
Sumber: siaran akhbar vivo