Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kkd teo nie ching

Serangan Siber Meningkat, Rakyat Tidak Perlu Panik – Timb. Menteri Komunikasi

Diterbitkan April 2, 2024 oleh ariff bukhari

Respon terhadap peningkatan serangan siber yang berlaku setiap hari, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihatkan rakyat untuk tidak perlu panik.

Ini kerana kata beliau, kerajaan mempunyai beberapa agensi khususnya Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang sentiasa memantau perkara berkenaan.

“Setakat ini, rakyat tidak perlu bimbang. Ya, memang betul perkara ini mengikut situasi antarabangsa khususnya melibatkan isu-isu sensitif dan panas. Disebabkan itu, kerajaan mewujudkan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber.”

“RUU ini bertujuan mempertahankan infrastruktur kritikal negara termasuk pusat data, hospital, sistem perbankan dan komunikasi. Semua ini merupakan aset keselamatan yang sangat penting buat negara,” Teo Nie Ching.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin minggu lalu dilaporkan berkata, sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Tidak lupa juga terhadap sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dimaklumkan Rafizi Ramli di Dewan Rakyat Mac lepas bahawa sistem tersebut secara purata berdepan antara 2 juta hingga 2.3 juta kali cubaan serangan setiap minggu.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: BERNAMA, KiniTV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY