Serangan Ransomware Menyebabkan Sistem Bandar Johannesburg Tergendala

Penggodam meminta bayaran sebanyak 4BTC (sekitar USD30,493.00).


Pada 25 Oktober lalu bandaraya terbesar Afrika Selatan, Johannesburg telah diserang ransomware. Serangna tersebut sekaligus menyebabkan sistem bandaraya itu termasuklah servis e-platfom, laman sesawang, sistem bayaran bil atas talian terpaksa diberhentikan oleh pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian oleh pihak media bandar itu di laman Twitter, penggodam dilaporkan meminta bayaran sebanyak 4BTC atau bersamaan sekitar USD30,493.00 dari pihak berkuasa tempatan negara itu.

Bayaran pula mestilah dibuat sebelum 28 Oktober ini.

https://twitter.com/pule_madumo/status/1187635928640167938

Berikutan isu penggodaman ini, pihak berkuasa keselamatan siber bandaraya tersebut telah segera menjalankan penyiasatan mereka.

Setakat ini, sistem perkhidmatan atas talian bandar itu masih dalam proses  pemulihan secara berperingkat.Para pakar teknikal dilaporkan sedang berusaha membaik pulih sistem atas talian bandar itu dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah penggodaman ini.

Isu serangan siber ini merupakan yang kedua berlaku di Afrika Selatan selepas serangan pertama yang menyasarkan syarikat pembekal elektrik di negara tersebut dibuat dalam bulan Julai lalu.

https://twitter.com/CityPowerJhb/status/1154277777950093313?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1154277777950093313&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.bleepingcomputer.com%2Fnews%2Fsecurity%2Fransomware-attack-cripples-power-company-s-entire-network%2F

Sumber: Bleeping Computer