Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Suspek Di Kedah Dan Pahang Serta 2 Lagi Di Melaka Telah Ditahan Berhubung Sebaran Berita Palsu Wabak Coronavirus

Seorang Suspek Di Kedah Dan Pahang Serta 2 Lagi Di Melaka Telah Ditahan Berhubung Sebaran Berita Palsu Wabak Coronavirus

Diterbitkan Januari 30, 2020 · Dikemas kini Januari 30, 2020 oleh ariff bukhari

Salah seorang suspek itu adalah pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Selepas berjaya menahan seorang suspek di Bangi, Selangor semalam kerana didakwa menyebarkan berita palsu tentang wabak coronavirus, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menahan empat lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu yang sama.

Operasi serbuan yang dijalankan secara berasingan oleh PDRM dan SKMM itu telah dibuat 2 di Melaka dan masing-masing 1 di Kedah dan Pahang. Dalam operasi yang dijalankan di antara jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang itu, PDRM dan SKMM telah menahan kesemua suspek yang terlibat bagi merakam keterangan mereka.

Suspek di Alor Setar adalah seorang tutor sambilan berumur 49 tahun dan suspek di Kuantan pula merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang berumur 24 tahun. Mereka berdua masing-masing disyaki telah memuat naik kandungan palsu wabak Novel Coronavirus di laman sosial Facebook dan Twitter mereka.

Sementara 2 lagi suspek yang ditahan di Peringgit dan Merlimau, Melaka adalah pembantu farmasi yang berumur 25 dan 30 tahun.

Kerajaan bertindak menerusi pihak berkuasa bagi mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu berikutan begitu banyaknya penularan pelbagai berita tidak benar berkaitan wabak coronavirus.

Dengan penahanan terbaru ini telah menjadikan 5 orang suspek telah ditahan berkaitan penyebaran berita plasu wabak coronavirus setakat ini.

SKMM dalam kenyataan medianya berkata, mereka dan PDRM akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan dalam mengawal penyebaran berita palsu demi memelihara keamanan dan ketenteraman awam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY