Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sensor Tetikus Didapati Boleh Rakam Suara Pengguna

Sensor Tetikus Didapati Boleh Rakam Suara Pengguna

Diterbitkan Oktober 6, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam satu penemuan yang mengejutkan, sensor bagi menggerak tetikus berprestasi tinggi didapati boleh dijadikan sebagai mikrofon.

Penemuan itu dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti California, Irvine dengan menggunakan  apa yang dipanggil sebagai teknik Mic-E-Mouse.

Teknik ini memanfaatkan sensor optikal dengan DPI melebihi 20,000 untuk mengesan getaran akustik dari permukaan meja.

Melalui pemprosesan isyarat digital dan model pembelajaran mesin yang dipacu AI, data mentah daripada tetikus boleh ditukar menjadi audio yang boleh didengar.

Sensor Tetikus Didapati Boleh Rakam Suara Pengguna
Gambaran keseluruhan konsep rangkaian Mic-E-Mouse: Ucapan sulit mangsa ditangkap oleh perisian yang selamat atau telah dikompromi menggunakan getaran permukaan yang dikesan oleh tetikus komputer. Data yang dikumpul dihantar ke pelayan pihak penyerang untuk diproses dan ditapis menggunakan kaedah pembelajaran mesin bagi meningkatkan kualiti isyarat audio yang dipulihkan.

Ini bermakna, perisian yang kelihatan biasa seperti permainan video atau aplikasi kreatif boleh mengakses data ini dan menghantarnya ke pelayan luar untuk dianalisis.

Dengan ketepatan pengecaman suara antara 42% hingga 61%, teknik ini berpotensi digunakan untuk mengintip perbualan pengguna tanpa disedari.

Walaupun masih dalam fasa konsep, ia membuktikan boleh dilakukan. Ini juga secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan baharu tentang keselamatan akustik dan privasi digital.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 'Power Bank' Pertama Guna Teknologi EV Tiba Di Malaysia
  • Logitech Perkenal MX Master 4 Dengan Teknologi Haptik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY