Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMR Sensor PR Image 03_EN_600×400

Sensor Baharu Ini Mampu Panjangkan Hayat Bateri Peranti Boleh Pakai Sehingga Lebih 2 Tahun

Diterbitkan April 27, 2026 oleh ariff bukhari

Murata Manufacturing Co., Ltd (Murata) baru sahaja melancarkan dua sensor anisotropic magnetoresistance (AMR) baharunya iaitu MRMS166R dan MRMS168R yang direka khas untuk peranti kesihatan, boleh pakai dan IoT.

Sensor ini menawarkan penggunaan kuasa ultra-rendah, membolehkan bateri kecil senipis sel syiling bertahan lebih lama.

MRMS166R hanya menggunakan 20 nA pada 1.2 V, menjadikannya sesuai untuk kapsul endoskop, peranti perubatan dan fon telinga tanpa wayar.

MRMS168R pula menyediakan arus output lebih tinggi sehingga 12 mA, sesuai untuk aplikasi yang memerlukan pemacu kuat.

Sensor Baharu Ini Mampu Panjangkan Hayat Bateri Peranti Boleh Pakai Sehingga Lebih 2 Tahun
Dengan saiz kompak 1.0 × 1.0 × 0.4 mm, kedua-dua sensor ini mudah diintegrasikan dalam peranti moden.

Fungsi utama ialah pengesanan medan magnet untuk suis tanpa sentuhan, membolehkan peranti beralih antara mod aktif dan tidur dengan lebih cekap.

Jadi, dengan penukaran automatik antara mod aktif dan tidur digunakan secara meluas dalam peranti berkuasa bateri, teknologi sensor baharu ini mampu mengurangkan penggunaan kuasa siap sedia dan memanjangkan hayat operasi peranti.

Murata menjangkakan teknologi ini mampu memanjangkan hayat operasi peranti lebih dua tahun, sekaligus menyokong inovasi dalam kesihatan digital, vermin mata pintar AR, kunci pintar elektronik dan pelbagai aplikasi IoT masa depan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Robot AI Sony Mampu Kalahkan Pemain Ping Pong Elit
  • Google Perkenal 2 Cip TPU Generasi Ke-8 Untuk Pacu AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY