Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Senheng Tawar Lebih Banyak Pulangan S-Coin Sempena Ulang Tahun Ke-36

Posted on Disember 4, 2025

Senheng menyambut ulang tahun ke-36 dengan menambah baik ekosistem kesetiaan S-Coin serta penganjuran kempen Untung Gila. Ini bertujuan memperkukuh nilai yang ditawarkan kepada pelanggan mereka.

Strategi Kesetiaan S-Coin

S-Coin ialah sistem ganjaran yang fleksibel dan direka untuk memaksimumkan ganjaran pada setiap peringkat. Proses ini bermula dengan pendaftaran pengguna sebagai ahli PlusOne.

Setiap pembelian produk terpilih di cawangan atau aplikasi Senheng, pelanggan boleh mengumpul S-Coin secara automatik. Kemudian, ia boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran bagi menggalakkan pembelian berulang dari pelanggan.

Strategi ini terbukti berkesan antara 2024 hingga 2025 apabila pengumpulan S-Coin meningkat 83% dan kadar penebusan melonjak 106% berbanding tahun sebelumnya. Nilai tebusan purata bagi setiap ahli PlusOne juga meningkat daripada RM270 kepada RM471 iaitu sebanyak 74.7%, menunjukkan minat yang semakin kukuh terhadap sistem ganjaran ini.

Sekarang, S-Coin Rewards Centre menawarkan lebih 2400 barangan untuk ditebus melalui aplikasi Senheng atau di kedai fizikal seluruh negara. Pelanggan boleh memilih ganjaran dari kategori barangan harian, aksesori elektronik, gaya hidup, peranti dan banyak lagi.

Senheng juga sedang merancang untuk meningkatkan peluang pelanggan mengumpul S-Coin dan menjadikan sistem ganjaran mereka lebih menarik.

Kempen Untung Gila

Kempen ini merupakan salah satu insiatif nilai tambah yang membolehkan pelanggan menikmati pulangan tunai pada tiga tahap iaitu 50%, 70% dan 100% S-Coin, bergantung pada produk terpilih. Untuk setiap pembelian yang layak, pengguna akan menerima S-Coin mengikut kadar pulangan tunai yang ditetapkan. Seterusnya, S-Coin tersebut boleh ditebus dalam sistem ganjaran.

Bermula tahun 2026, kempen Untung Gila ini akan diperluas merangkumi lebih 300 SKU meliputi barangan harian seperti perkakas dapur, bekas minuman, peralatan kecil, aksesori komputer, serta barangan elektronik utama. Ia turut merangkumi produk permintaan tinggi seperti penyaman udara, peti sejuk dan mesin basuh.

Untuk mula menggunakan S-Coin, pelanggan boleh pergi ke mana-mana cawangan Senheng atau senQ di seluruh negara, atau hanya mendaftar sebagai ahli PlusOne di aplikasi Senheng. Maklumat lanjut tentang keahlian PlusOne atau Senheng, boleh didapatkan di SINI.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress