Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android

Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android

Diterbitkan Ogos 18, 2020 oleh Helmi Samsuri

Peranti Samsung sebelum ini secara asasnya disediakan dengan kemaskini naik taraf Android untuk tempoh 2 tahun. Namun sewaktu acara Galaxy Unpacked awal bulan lalu, pengeluar tersebut menyatakan tempoh tersebut akan dilanjutkan sehingga 3 generasi Android.

Lanjutan daripada itu, Samsung hari ini telah mengeluarkan senarai peranti yang akan dikemaskini dalam tempoh tersebut.

Siri Galaxy S
  • Galaxy S20 Ultra 5G
  • S20 Ultra
  • S20+ 5G
  • S20+
  • S20 5G
  • S20
  • S10 5G
  • S10+
  • S10
  • S10e
  • S10 Lite
  • Galaxy S yang akan datang
Siri Galaxy Note
  • Galaxy Note20 Ultra 5G
  • Note20 Ultra
  • Note20 5G
  • Note20
  • Note10+ 5G
  • Note10+
  • Note10 5G
  • Note10
  • Note10 Lite
  • Galaxy Note akan datang
Siri Galaxy Fold
  • Galaxy Z Fold2 5G
  • Z Fold2
  • Z Flip 5G
  • Z Flip
  • Fold 5G
  • Fold
  • Siri Z akan datang
Siri Galaxy A
  • Galaxy A71 5G
  • A71
  • A51 5G
  • A51
  • A90 5G
  • Siri Galaxy akan datang
Tablet
  • Galaxy Tab S7+ 5G
  • Tab S7+
  • Tab S7 5G3
  • Tab S7
  • Tab S6 5G4
  • Tab S6
  • Tab S6 Lite
  • Galaxy Tab S akan datang

Dengan penawaran sehingga 3 generasi Android ini, Samsung ingin menunjukkan komitmen mereka terhadap pengguna sedia. Hal ini kerana kebanyakan pengguna mula menggunakan sesebuah peranti lebih lama dan Samsung mahu memastikan setiap peranti dilindungi dan mempunyai ciri-ciri terbaharu.

Contohnya seperti barisan Galaxy S20 yang diperkenalkan dengan Android 10, kemaskini naik taraf sehingga 3 generasi Android akan diberikan dimulai dengan Android 11. Ini sekaligus menjadikan siri ini peranti Galaxy yang pertama menerima Android 11 dan akan disusuli dengan model-model lain tidak lama selepas itu.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY