Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bawak Bertenang, Virus Ransomware WannaCry Tidak Menyerang Telefon Pintar Anda

Senarai 17 Negara Yang Paling Banyak Berdepan Serangan Ransomware

Diterbitkan Oktober 24, 2019 · Dikemas kini Oktober 24, 2019 oleh ariff bukhari

Serangan ransomware banyak mensasarkan syarikat-syarikat telekomunikasi dan teknologi.

Berdasarkan kepada laporan terbaru oleh CyberEdge Group, mangsa yang berjaya memperolehi semula data mereka selepas membayar kepada penggodam kerana terkesan dengan serangan ransomware telah meningkat kepada 61.2% berbanding tahun sebelumnya iaitu 49.4% sahaja.

CyberEdge juga mendedahkan, syarikat-syarikat peruncitan adalah organisasi yang paling banyak berdepan dengan serangan ransomware iaitu pada tahap 59.2%. Begitu juga dengan syarikat-syarikat berkaitan teknologi dan komunikasi iaitu pada tahap 57.7%.

Manakala pihak kerajaan dan industri pembuatan masing-masing berdepan serangan ransomware pada tahap 40.6% dan 43.3%.

Secara kasarnya, syarikat-syarikat bersaiz sederhana yang memiliki jumlah pekerja antara 5,000 ke 9,999 orang adalah paling banyak berdepan serangan ransomware iaitu pada tahap 66%.

Sementara 47.8% serangan ransomware berlaku pada organisasi yang memiliki jumlah pekerja antara 500 ke 999 orang.

Berikut adalah senarai 17 buah negara yang paling banyak berdepan dengan serangan ransomware sepanjang 12 bulan yang lalu:-

Senarai 17 Negara Yang Paling Banyak Berdepan Serangan Ransomware

page15image999815280Kaji selidik dari laporan bertajuk 2019 Cyberthreat Defense Report oleh CyberEdge Group ini melibatkan seramai 1,200 pekerja teknologi maklumat bertauliah dalam 19 bidang industri yang mewakili pelbagai buah negara merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY