Semua Premis TMpoint Di Seluruh Negara Ditutup

Termasuklah Kiosk Pembayaran TM di TMpoint.

Susulan daripada pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri hari ini, pihak TM memaklumkan bahawa bermula dari 26 Mac 2020, kesemua pusat Khidmat Pelanggan TM di seluruh negara akan mula beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga jam 9.00 malam.

Ia termasuklah pusat panggilan TM di talian 100, Live Chat, Media Sosial dan e-mel. TM juga memaklumkan, kesemua premis TMpoint yang ada di seluruh negara ditutup sejak tempoh perintah dikuatkuasakan.

Ia termasuklah kesemua Kiosk Pembayaran TM di TMpoint. Jadi para pelanggan bolehlah menggunakan saluran bayaran alternatif di 7-Eleven, MyNews, Speedmart 99, KK Mart, dan Petronas

Bagi saluran bayaran alternatif pula boleh dibuat melalui Autopay, portal layan diri di unifi.com.my, aplikasi myunifi, saluran pembayaran dalam talian menerusi bank pilihan anda menggunakan JomPAY dengan kod pengebilan TM (8888 untuk unifi Home, 2345 untuk Streamyx & Suara dan 3608 untuk unifi Mobile) serta melalui e-Wallet (aplikasi Boost).

Selain itu, TM juga memaklumkan,kesemua aktiviti pemasangan dan baikpulih di premis-premis pelanggan telah ditangguhkan.

Tetapi aktiviti-aktiviti baikpulih rangkaian dan perkhidmatan yang tidak melibatkan keperluan untuk hadir ke dalam premis pelanggan akan diteruskan seperti biasa.

Walaubagaimanapun, aktiviti pemasangan dan baikpulih di luar premis pelanggan serta di hospital, klinik dan agensi-agensi penting yang lain juga akan diteruskan seperti biasa.

Untuk info lanjut tentang perkembangan terbaru bagi operasi TM, para pengguna bolehlah menghubungi pihak TM menerusi kaedah-kaedah berikut:-