Semua Peranti OnePlus Selepas Ini Akan Lengkap Dengan Paparan Fluid AMOLED 90Hz

Mungkin ada yang belum maklum, OnePlus sudah pun melancarkan peranti terbaru mereka OnePlus 7T semalam. Model ini merupakan versi kedua dilengkapi dengan skrin Fluid Display selepas kali pertama paparan itu hadir pada OnePlus 7 Pro. Terma Fluid AMOLED merujuk kepada kadar penyegaran 90Hz.

Ia turut menawarkan kadar segar 90Hz dan OnePlus menyatakan ia 38% lebih responsif berbanding telefon pintar Android yang lain. Difahamkan lagi, penawaran paparan ini bakal diteruskan lagi pada semua keluaran akan datang seperti yang diumumkan oleh pengasas bersama OnePlus, Carl Pei.

Selain daripada itu, OnePlus juga dikatakan bekerjasama dengan Qualcomm untuk memastikan perkakasan dalaman mereka bersedia untuk mengoperasikan kadar penyegaran 90Hz tersebut.

Fluid AMOLED mempunyai sokongan HDR10+ yang memberikan kelebihan ketika menstrim kandungan daripada platform seperti Netflix dan ia antara paparan yang mendapat pujian ramai.

Sumber: GSMArena