Semua khabar Angin Tentang Samsung S8

Tidak dinafikan, Samsung jatuh merudum apabila terjadinya kes letupan Galaxy Note 7 baru-baru ini. Maka setiap peminat Samsung rata-rata tidak sabar menunggu model flagship terbaru dari Samsung yang dikatakan akan menjadi pembalasan dendam dari Samsung. Mari kita lihat antara ura-ura Samsung S8 yang bakal dipamerkan awal tahun depan.

 

 

samsung-galaxy-s7-edge-759

Rekaan Tanpa Bezel


Galaxy S8 dikatakan akan tampil dengan rekaan tanpa bezel mengikut laporan dari syarikat penerbitan di Korea The Investor. Mengikut The Investor, Samsung akan membawa ciri paparan lengkung dan tiada bezel teknologi OLED. Ini bermakna Galaxy S8 tahun depan akan mempunyai muka depan skrin sahaja.

 

Baru-baru ini kita disajikan dengan telefon pintar tanpa bezel dari Xiaomi iaitu Mi Mix. Mi Mix direka oleh seorang pereka dari Perancis, Philippe Starck yang menampilkan paparan skrin berukuran 6.4 inci. Berkemungkinan besar Samsung juga akan mengikut langkah yang sama.

 

Pemproses 3GHz Exynos 8895 atau A 3.2GHz octa-core Snapdragon 830 


Walaupun Snapdragon masih belum dikeluarkan secara rasmi, namun ianya seakan sudah pasti Samsung akan membina telefon flagship baru mereka menggunakan cipset dari Qualcomm tersebut. Ianya sudah pasti akan lebih pantas dan berkuasa, lebih kecil dan lebih efektif berbanding Snapdragon 820.

Malah, ada juga berita yang mengatakaan S8 akan dibina dengan 3.2GHz octa-core Snapdragon yang mana sangat berkuasa tinggi dan mempunyai penjimatan kuasa serta meningkatkan pemproses imej dengan lebih cemerlang. Berkemungkinan juga S8 akan dikeluarkan dengan dua versi, satu lagi menggunakan cip Exynos 8895.

 

Untuk saiz RAM pula, ramai peminat Samsung berkata S8 perlu mempunyai RAM bersaiz 6GB atau mungkin lebih.

Jangkaan Pelacaran


Samsung Galaxy S8 sudah pasti akan dilancarkan awal tahun ini. Jika dilihat dari corak pelancaran Samsung yang gemar mengumumkan peranti flagship mereka di awal tahun seperti S7 tahun lepas. Ada juga khabar angin mengatakan tarikh sebenar jatuh pada 26 Februari iaitu sehari sebelum Mobile World Congress MWC 2017.

 

Cas Tanpa Wayar


Antara ciri Galaxy S8 yang menarik perhatian adalah fungsi cas tanpa wayar. Mengikut laporan, sebuah syarikat Foxconn kini giat menghasilkan teknologi cas tanpa wayar untuk iPhone. Samsung sudah lebih lama datang dengan ciri ini.

Setakat ini, masih belum ada gambar S8 yang tertiris dan pihak Wiser.my sendiri ternanti-nanti wajah sebenar S8 yang mungkin akan menjadi penanda aras untuk telefon Android yang lain. Dengan kes Note 7 tahun ini, sudah pasti Samsung akan menggunakan segala keringat yang mereka ada untuk menaikkan semula nama Samsung.